Muallaf (filem): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Caiweijie (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Caiweijie (bincang | sumb.)
Baris 28:
==Sinopsis==
Brian Goh ([[Brian Yap]]) merupakan seorang guru Sejarah di sebuah sekolah menengah di [[Ipoh]], [[Perak]]. Kerapkali dia menerima panggilan telefon daripada ibunya di kampungnya di [[Pulau Pinang]] yang memujuknya supaya pulang ke rumah dan menemaninya ke gereja setiap Ahad. Namun, Brian sentiasa menolaknya dengan alasan bahawa dia sibuk dengan kerjanya.
 
 
Rohani ([[Sharifah Amani]]), 20 tahun, dan adiknya Rohana ([[Sharifah Aleysha]]), 14 tahun, tinggal di sebuah banglo yang terbiar. Mereka berdua telah melarikan diri daripada ayah kandung ([[Datuk Rahim Razali]]) mereka yang bergelar 'Datuk' yang bengis. Ayah mereka juga kerapkali pergi ke kelab malam dan meminum bir, amalan yang jelas haram di sisi Islam. Dengan kesedaran bahawa dia tidak boleh bergantung kepada dana amanah yang ditinggalkan arwah ibunya sepanjang hidup dan juga untuk mengelakkan diri daripada dikesani konco-konco ayahnya pada waktu siang, Rohani terpaksa bekerja di sebuah pub (''Sid's Tavern & Cafe'') pada lewat malam untuk menyara pendidikan Rohana. Bagaimanapun, Rohani sentiasa memberitahu pelanggan bar tentang keburukan arak terhadap kesihatan malah menawarkan air mineral. Akibatnya, dia dipecat oleh majikannya, Patrick, setelah mendapat tahu daripada rakan sekerjanya, Cindy.