Perbezaan antara semakan "Teo Wei Sing"

3,391 bait ditambah ,  11 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
{{wikify}}
{{cleanup}}
'''Teo Wei Sing''' merupakan penulisseorang sajakpenyajak berbangsa Cina yang sudah dua tahun berkecimpung dalam bidang Kesusasteraankesusasteraan Melayu. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Pei Chai (1989-1994), Sekolah Menengah Kebangsaan Saint Thomas (1995-2000), kemudianmeneruskan pelajaran tingkatan enam di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib (SMART) pada tahun 2001-2002 di Kuantan, Pahang Darul Makmur. Ijazah sarjana muda beliau diperolehi di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor dalam jurusan Bacelor Pendidikan (Pengajaran Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Pertama). Beliausepanjang mendapat didikan daripada Sasterawan Negara, S2003-2007. Othman Kelantan dan bimbingan daripada Prof. Madya. Dr. Lim Swee Tin. Beliau pernah menyandang jawatan sebagai pensyarah sambilan di Kolej Taylor’s Petaling Jaya. Sajak beliau telah dibukukan dalam antologi cerpen dan sajak yang berjudul '''"DENDANG DUNIA"''' bersama rakan.
 
Teo mendapat didikan daripada Sasterawan Negara, S. Othman Kelantan dan bimbingan daripada Prof. Madya. Dr. Lim Swee Tin (Penerima Anugerah S.E.A Write Award 2000) serta Zaharah Nawawi (Penerima Anugerah S.E.A Write Award 1996) melalui Bengkel Penulisan Cerpen Penulis Pelbagai Kaum anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Keberanian dan ilham untuk menulis dan menerbitkan karya beliau tercetus selepas sokongan dan bimbingan daripada ayah angkatnya, iaitu Syed Hussien Al-attas (Pak Habib).
 
Beliau pernah menyandang jawatan sebagai pensyarah sambilan subjek Malaysian Studies di Kolej Taylor’s Petaling Jaya dan telah dilantik menjadi Fasilitator Program Penghayatan Sastera dan Budaya bagi Program Latihan Khidmat Negara bawah pengendalian Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Sementara itu, beliau juga pernah mendeklamasikan sajaknya berjudul “Bersamamu” dalam Majlis Penyerahan Derma Program “Bersamamu” TV3. Selain itu, kepakaran beliau turut diiktiraf apabila diundang menjadi tetamu “Sejenak Bersama Penulis Pahang” dalam Program “Bengkel Penulisan Kreatif 2008” anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pahang.
 
Sajak-sajak ciptaan beliau juga pernah dideklamasikan oleh beliau sendiri dalam Festival Keseniaan Rakyat negeri Pahang 2007, Malam Puisi Perpaduan 2008 sempena Program Gerak Usahawan Daerah Temerloh bawah kerjasama MARA dan Kementerian Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi, Festival Temerloh sempena Hari Kebangsaan 2008. Sajak judul “Merdeka, Laungkan Amanatmu Perjaka Darul Makmur!” ciptaan beliau pernah dideklamasikan oleh adik Khoo Qi Xuan dalam Festival Keseniaan Kanak-kanak negeri Pahang 2008, diikuti sajak beliau yang berjudul “Benang Tiga Selembar” dan “Hanya Satu” bertemakan patriotisme dideklamasikan sempena Sambutan Ulang Tahun ke-100 St. John Ambulance peringkat negeri Pahang. Seterusnya sajak beliau yang berjudul “Nafas Integriti” telah dideklamasikan oleh Juara Sayembara Deklamasi Sajak Merdeka Peringkat Negeri Pahang 2008 (kategori bukan bumiputera), iaitu Ean Chin Teck dalam Majlis Penutupan Pertandingan Pidato Piala YAB Menteri Besar Pahang 2008 yang dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Pahang bersama Badan Pencegah Rasuah. Sajaknya yang berjudul “Tanggalkan Topeng Kau Itu” juga dideklamasikan dalam Malam Puisi “Di Bawah Langit Gaza” anjuran Persatuan Penulis Nasional (PENA), Rancangan Nasi Lemak Kopi O TV 9 dan Yayasan SALAM.
 
Dalam pada itu, sajak beliau yang berjudul “Henti…Mersiknya Suara Hati” dan “Tanggalkan Topeng Kau Itu” telah dideklamasikan oleh dirinya dalam Majlis Makan Malam BAR Council Pahang yang turut disaksikan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak dan Menteri Besar Pahang, YAB. Dato' Sri Haji Adnan Bin Haji Yaakob. Kesemua sajak beliau telah dibukukan dalam antologi cerpen dan sajak yang berjudul <DENDANG DUNIA> bersama Mohd Darwis Jasmin dan Ispaini Salim serta karya solonya <SUARA ANAK PAHANG>. Beliau merupakan seorang aktivis sastera yang sentiasa peka dan prihatin terhadap sekitarnya terutamanya tanah kelahiran, negeri Pahang Darul Makmur. Bukan itu sahaja, awal 2009 juga menampakkan keprihatinan beliau dengan menyumbangkan sajak beliau dalam Antologi Sajak <Genting Gaza, Gentingnya Genting> terbitan Persatuan Penulis Nasional (PENA) dan <Ekspresi> terbitan Universiti Putra Malaysia untuk mengecam kekejaman Rejim Zionis terhadap bumi Gaza. Karya-karya beliau yang seterusnya akan dibukukan dalam <DI TEMPAT BERMULA>, <PERSLAH MELANKOLIS> dan <TERMETERAI PELANGI DI HITAM PUTIH>.
 
 
 
Pengguna awanama