Perang Salib Kesembilan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Delimapagi978 (bincang | sumb.)
Delimapagi978 (bincang | sumb.)
Baris 45:
==Operasi-operasi tentera salib di Tanah Suci==
Telah diputuskan bahawa Edward bersama-sama dengan saudara Louis, [[Charles dari Anjou]] akan memimpin pasukan tentera mereka mara ke Acre, ibukota saki baki Kerajaan Jerusalem dan matlamat terakhir kempen ketenteraan Baibars. Pasukan tentera Edward dan Charles tiba pada tahun 1271, pada saat Baibars sedang mengepung [[Tripoli, Lebanon|Tripoli]] yang dipenuhi dengan puluhan ribu orang pelarian Kristian sebagai wilayah terakhir yang masih tersisa dalam Kerajaan Tripoli. Dari pangkalan mereka di Cyprus dan Acre, Edward dan Charles berjaya menyerang barisan dalam Baibars dan memecahkan kepungan tersebut.
 
Sebaik sahaja tiba di Acre, Edward telah melakukan beberapa cubaan untuk membentuk [[perikatan Perancis-Mongol]] dengan menghantar utusan kepada pemerintah [[Empayar Mongol|Mongol]] di [[Parsi]], [[Abagha]] yang merupakan musuh orang Islam. Utusan itu diketuai Reginald Rossel, Godefroi of Waus and John of Parker. Misinya adalah untuk memperoleh sokongan ketenteraan daripada orang Mongol.<ref>"Histoire des Croisades III", Rene Grousset, p.653. Grousset quote a contemporary source ("Eracles", p.461) explaining that Edward contacted the Mongols "por querre secors" ("To ask for help")</ref> Dalam satu jawapan bertarikh 4 September 1271, Abagha bersetuju untuk bekerjasama dan menanyakan tarikh serangan bersama terhadap orang Mamluk akan dilancarkan.
 
==Catatan==