Opioid: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Khairulkhalid (bincang | sumb.)
Khairulkhalid (bincang | sumb.)
Baris 22:
 
 
Penggunaan opioid secara berterusan (sama ada untuk kesihatan atau euforia) akan mendorong pergantungan fizikal, yang boleh dilihat daripada '''sindrom tarikan akut''' apabila pengambilan dadah tersebut dihentikan atau dikurangkan secara cepat, atau apabila antagonis digunakan. Simptom '''sindrom tarikan akut''' adalah bertentangan dengan kesan sampingan pengambilan dadah. Contoh simptom ialah keresahan, ''dysphoria'', kepedihan mata, hidung berair, ''goosebumps'', kekejangan dan sakit dalaman. Kepantasan dan keterukan sindrom tarikan itu bergantung kepada separuh hayat opioid tersebut contohnya tarikan heroin adalah lebih cepat berbanding metadon. Fasa tarikan akut selalunya disertai oleh kemurungan dan insomnia selama beberapa bulan.
 
 
Pergantungan fizikal adalah berbeza dengan ketagihan. Ketagihan psikologi didefinisikan sebagai pengambilan dadah tanpa kawalan dan tanpa menghiraukan keburukannya. Walaubagaimanapun, pergantungan fizikal boleh memburukkan ketagihan seseorang.
 
 
Simptom tarikan boleh dikurangkan dengan mengurangkan dos opioid secara perlahan lahan selama beberapa hari atau minggu, selepas bertukar kepada opioid tindak lama seperti metadon. Selain itu, simptom tarikan opioid boleh dirawat menggunakan ubat seperti ''clonidine'' untuk hiperaktif simpatetik dan ''benzodiazepine'' untuk keresahan dan insomnia.
{{stub}}