Perbincangan:Laozi: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Nerake (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Nerake (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 32:

Wahhh! Tak perasan pesanan ini terlalu panjang! Saya cuma hendak mengatakan apa-apa dalam hati saya. Memang saya nie amat panjang angin! hehehe) — [[Pengguna:PM Poon|PM Poon]] 19:17, 10 April 2006 (UTC)

'''PMPoon''',

Saya setuju dengan anda mengenai "Gelaran Posthumus" dalam Bahasa Melayu memang tidak sesuai. Saya mencadangkan menggantikan "Gelaran Posthumus" dengan "Gelaran Anumerta", dimana "Anumerta" bermakna "gelaran (pangkat dsb) yg diberikan sesudah seseorang meninggal dunia. " Saya tak pasti samada "Gelaran Anumerta" atau "Anumerta" digunakan, tetapi saya akan menggunakan "Gelaran Anumerta" kerana saya pasti ramai orang pun tak tahu "Anumerta" merupakan gelaran.

Memang ramai orang termasuk orang Cina terutamanya Orang Cina Bukan Cina (OCBC) tidak paham atau tidak sedar akan "Nama Zi". "OCBC" merupakan istilah tidak wujud tetapi dipahami oleh ramai Cina yang membawa maksud orang Cina yang tidak berpengetahuan budaya Cina, seperti apa yang diberitahu. "Nama Zi" merupakan nama yang diberi sewaktu lelaki berkahwin ataupun berusia 20 tahun pada zaman dulu. Biasanya diberi semasa kahwin, walaupun ia kurang dipraktikkan pada zaman ini. "Nama Zi" juga merupakan gelaran kehormatnya, dimana ia digunakan oleh generasi yang sama untuk mengelarnya. Di sebaliknya, "Nama Berian" hanya digunakan oleh orang yang lebih tua atau diri sendiri semasa merendahkan diri. Terima kasih kerana mencungkilkan soalan supaya saya lebih membaca dan memahaminya dengan lebih mendalam.

Adakah perlu kita menyingkirkan penggunaan "Nama Zi" dalam artikel ini untuk mempermudahkan pemahaman pembaca? Bagi saya, penyingkiran penggunaan "Nama Zi" merupakan langkah mengurangkan penghantaran ilmu dan juga mengurangkan kualiti hasil karya. "Nama Zi" tidak harus disingkirkan tetapi perlu adakan artikel baru untuknya. Dengan ini, sesiapa yang membaca artikel ini, bukan sahaja mengetahui siapa dia "Laozi" malah menambah perbendaharaan kata pembaca. Walaupun "Nama Zi" tidak wujud dalam Kamus Dewan tetapi ia boleh ditambahkan dalam [[Wiktionary]] menjadi perbendaharaan kata baru (memandangkan Wiktionary hanya ada 22 perkataan pada masa ini). Dengan ini, bukan sahaja pembaca bermaaf, malah B.Melayu turut berkembang maju. Perbendaharaan kata merupakan kunci pengetahuan.

Sebagai seorang penyelia, beliau harus tahu cara menghormati orang lain. Master2841 mengembalikan artikel yang saya suntingkan itu ke versi sebelumnya '''tanpa sebab''' merupakan langkah kurang bijaksana. Setiap langkah yang kita lakukan, terutama terhadap hasil usaha orang lain, perlu ada sebab yg kukuh. Sebagai contohnya, anda menyunting artikel Lao Tzu dengan mengantikan "Lao Tzu" dengan "Lao Zi" atas sebab sistem pinyin yang digunakan oleh China. Ini merupakan alasan yang baik untuk menuju artikel ke arah lebih baik. Sesiapapun boleh menerimanya dengan hati terbuka.

Bagi tanggapan anda, Master2841 adalah seorang yang amat baik. Tetapi saya bukan orang yang baik. Saya tak kesah siapa dia, jika bersalah saya tegur. Saya juga tak kesah betapa aktifnya, jika menghasilkan karya kurang berkualiti, saya akan tegur. Jika artikel yang dikaitkan dengan B.Inggeris tidak diterima, biar sunting menjadi ''merah'', kenapa hendak kembalikan ke versi sebelumnya?

Seperti saya cadangkan sebelum ini, mengikut sistem pinyin "Lao Zi" perlu dieja sebagai "Laozi" kerana ia merupakan satu perkataan begitu juga "Kongzi". Saya harap anda boleh membetulkan "Lao Zi" ke "Laozi".

Jika anda mengalu-alukan meningkatkan kuantiti artikel, ''sorry''lar. Saya memang orang cakap kosong dan tidak boleh menulis pasal saya berotak udang.

Jika menulis dengan gaya mudah-mudah tanpa memperkenalkan perbendaharaan baru, mustahil menghasilkan karya berkualiti yang banyak memanfaatkan pembaca.
[[Pengguna:Nerake|Nerake]] 15:40, 11 April 2006 (UTC)
Kembali ke laman "Laozi".