Selamat datang ke Wikipedia, Nerake!

Terima kasih kerana menyertai Wikipedia bahasa Melayu, kini terdapat seramai 334,532 pengguna berdaftar!
Selamat sejahtera. Selamat datang ke Wikipedia dan terima kasih atas sumbangan anda! Saya Nerake, salah seorang penyunting di sini dan saya berharap anda sudi untuk membantu laman ini.
Beberapa panduan yang mungkin berguna untuk anda:
    Pengenalan kepada Wikipedia
    Lima tonggak Wikipedia
    Tutorial suntingan
    Bagaimana menyunting halaman
    Manual gaya penulisan
    Asas-asas Kod Wiki
    Bagaimana mencipta artikel
    Laman bantuan
    Apa yang Wikipedia bukan
Sesetengah perkara yang digalakkan dan dilarang:
    Digalakkan berani dalam mengemaskini laman
    Digalakkan beranggapan niat baik
    Digalakkan mengamalkan prinsip kesopanan
    Digalakkan mengamalkan pandangan berkecuali
    Jangan melaku musnah
    Jangan sampai disekat
Jika anda memerlukan bantuan, anda boleh:
    Meja bantuan
atau:
    Bertanya soalan kepada penyelia
Terdapat beberapa cara untuk menyumbang kepada Wikipedia. Antaranya seperti:
      Menjadi seorang WikiPari dan WikiSihir
    Membantu menyumbang pada artikel
           
    Melaksanakan tugas-tugas penyelenggaraan
    Membantu mencipta templat baru
    Membantu dalam projek yang tersedia di WikiProjek

Sentiasa ingat untuk menandatangani pesanan anda pada laman perbincangan dengan meletakkan ~~~~ (empat kali tanda gelombang) atau klik butang   pada laman penyuntingan.
Semoga anda menikmati kunjungan di Wikipedia bahasa Melayu. Selamat menyumbang!

Do not understand Malay? Visit our embassy now.
Ikhlas daripada saya, Nerake


...Aurora... 08:52, 15 Mac 2006 (UTC)Balas

Hai Nerake,
Kenyataan anda mengenai => Pelayaran Cheng Ho disahkan sebagai pelayar dunia pertama baru-baru ini, merupakan hakikat yang tidak dapat dinafikan pada ketika ini (Mungkin orang lain pulak pada masa depan, tunggulah ahli sejarah sedang mengkaji, banyak lagi belum dijumpai). Tetapi SIAPA yang membongkarkan? SIAPA yang membuat kajian? SIAPA yang mengumumkan perjumpaian ini? Orang Barat juga. Mereka tidak menafikan malah menerima hakikat ini..
Saya akui bahaya terdapat segelintir orang Barat yang berfikiran terbuka, tetapi lebih ramai yang menentang. Kalau tidak, masakan ada yang sanggup pergi ke Iraq untuk membantah serangan pada Iraq. Dalam National Geografic lebih ramai orang barat menentang bahawa Cheng Ho sebagai pelayar dunia, sedangkan bangsa lain lebih berfikiran terbuka. Kalau macam ini, sampai bila fikiran hendak merdeka dari barat. Yosri 05:46, 16 April 2006 (UTC)Balas

Hai Yosri, Tak kisahlah merdeka ke tak, asalkan apa yang kita lakukan tak menyeleweng. Pasal karya tu, biar tulis tepat pada tajuk, jangan menyeleweng saje. Biar karya BM tu kukuh dan berkualiti seperti objektif asal anda, lama-lama orang respect kita kan?? Nerake 13:27, 20 April 2006 (UTC)Balas

Seperti yang saya tulis, ia tepat pada tajuk dan membongkar fakta yang cuba dikaburi oleh barat. Tiada penyelewengan. Saya akan tetap membongklar penyelewengan berasaskan fakta, walaupun ada yang tidak sukakannya. Give credit where the credit is due. Persoalannya sekarang, adakah anda nak jadi NATO, cakap sahaja, atau nak tunjukkan kepada para penyunting Wikipedia apa itu Karya BM yang kukuh, berkualiti dan tidak menyeleweng. Put Your Money Where Your Mouth Is. Bantu kami, membantu anda mencapai tahap piwaian yang anda inginkan. Yosri 00:31, 21 April 2006 (UTC)Balas

Apa tu NATO? tak faham. Jikalau piawai antara penulis-penulis adalah berbeza-beza, apa gunanya menyunting? Seperti karya sebelumnya, bagi saya tu menyeleweng, bagi anda tu tepat sekali. Kalau saya menyunting, anda tak puas hati dan kembalikan kepada yang asal, tersia-sialah kan? Itulah kenapa saya tak sunting terus. Kalau saya komen, penulis setuju, saya sunting. Maaf, saya tak berapa faham B.Inggeris.Nerake 03:40, 23 April 2006 (UTC)Balas

NATO - ertinya No Action Talk Only. Sebenarnya Wikipedia adalah satu ensiklopedia. Masalahnya anda mentakrifkan penyelewengan dari segi gaya karangan (adakah anda guru karangan?), sedangkan saya mentakrifkan penyelewengan dari segi fakta. Sekiranya ada penyelewengan dari segi fakta, kandungan bolehlah diubah, tetapi nyatakan rujukan atau sebab, terutamanya sekiranya fakta tersebut tidak diketahui umum. Ini agar penyelia tahu perubahan itu bukannya berniat contengan vandal. (Seseorang penyelia tidak tahu semua perkara.) Berkenaan gaya karangan pula, saya merasakan lebih baik dimasukkan fakta berkaitan dan biarkan pengguna memilih yang mana hendak digunakan. Sekiranya kita yang menyembunyikan fakta, bererti kita tidak bersifat berkecuali dan berat sebelah. Walau apapun, saya menghargai ulasan anda kepada PM Poon, terhadap ejaan Pinyin dan Wade-Giles. Semoga anda dapat terus menyumbang. Yosri 10:11, 25 April 2006 (UTC)Balas
Satu lagi perkara, saya ingin menjelaskan bahawa setiap penyunting biasanya menyunting beberapa rencana pada masa yang sama. Oleh itu mungkin terdapat ketidak sejajaran, pengunaan istilah pada satu rencana tidak sama dalam rencana yang lain. Ini mungkin disebabkan, penyunting baru mengetahui istilah yang betul dan menggunakannya dalam rencana baru dan belum sempat menukar kesemuanya. Anda bolehlah membetulkan istilah-istilah tersebut, dan mengkhabarkan kepada penyunting tanpa perlu membuat kecaman terlalu teruk. Ini bagi memupuk semangat kemasyarakatan Wikipedia, dan bagi menghargai sumbangan sukarela penyunting tersebut. Sekiranya ditegur berkali-kali dan masih diulangi, anda boleh membuat ulasan di Kedai Kopi bagi perbincangan oleh masyarakat Wikipedia. Yosri 10:24, 25 April 2006 (UTC)Balas

Yosri,
Dari awal lagi saya dah menjelaskan pertambahan perenggan itu telah menyeleweng daripada TAJUKnya. Bukan saya seorang saja, malah telah pun terdapat dua komen sebelum saya. Bagi saya, jikalau ingin menulis, tulis tepat pada tajuknya.

Tokoh Al-Razi itu boleh dicungkilkan tetapi tidak berpanjang lebar dalam artikel Florence Nightingale. Saya dapati artikel Tokoh Al-Razi (Tokoh Abu Bakar Muhammad bin Zakaria al-Razi; jika tak silap), yang mempunyai dua ayat, satu perenggan, tidak mengurai usaha-uasaha dan jasa-jasa beliau seperti mana dalam artikel Florence Nightingale.

Jikalau saya menyunting artikel Florence Nightingale dengan mengeluarkan perenggan mengenai jasa-jasa Tokoh Al-Razi, pasti anda tidak puas hati dan mungkin anda mengkembalikan ke versi asal. Jadi, apa gunanya saya menyunting? Tindakan saya bukan saja membarahkan hati anda malah masa dan usaha saya tersia-sia, kan?

Jika arah berlainan, usahlah naik bus yang sama. Baik jadi NATO daripada tersia-sia. Nerake 12:16, 26 April 2006 (UTC)Balas

Saya tidak pernah katakan anda terkongkong menyunting artikel Florence Nightingale semata-mata. Jika anda cuba menambah ilmu dan bukannya mengurangkannya, tidak ada yang berkecil hati. Anda boleh menambah yang kurang pada artikel Tokoh Al-Razi (Tokoh Abu Bakar Muhammad bin Zakaria al-Razi). Semua orang akan mendapat faedah darinya. Yosri 00:44, 27 April 2006 (UTC)Balas

  • Kalau begitu, saya cadangkan mengalihkan perenggan Al-Razi daripada artikel Florence Nightingale dan masukkannya ke dalam artikel Al-Razi tetapi kekalkan nama Al-Razi sebagai rujukan selanjutnya (atau hubungkait) dalam artikel Florence Nightingale. Setuju? Jika anda setuju, saya akan sunting; jika tidak, saya jadi NATO saje. Nerake 03:11, 29 April 2006 (UTC)Balas