Kapal kontena: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Orhanghazi (bincang | sumb.)
Orhanghazi (bincang | sumb.)
Baris 8:
Kapal kontena terawal ialah [[kapal tangki]] yang diubahsuai, yang dibina dari lebihan kapal tangki T2 selepas [[Perang Dunia Kedua]]. Pada tahun 1951, kapal pertama khusus untuk kontena mula beroperasi di [[Denmark]], dan antara [[Seattle]] dan [[Alaska]].
 
Kapal khusus untuk kontena yang pertama di [[Amerika Syarikat]] ialah ''Ideal-X'' <ref>Levinson, Marc: "The Box", pg. 1, Princeton University Press, 2006</ref>, sebuah kapal tangki T2, milik [[Malcom McLean]], yang membawa 58 kontena besi antara [[Newark]], [[New Jersey]] dan [[Houston]], [[Texas]] dalam pelayaran pertamanya pada bulan April 1956.
 
Hari ini, lebih kurang 90% kargo bukan pukal di dunia diangkut menggunakan kontena, dan kapal kontena moden mampu membawa sehingga 15,000 [[TEU]]. Dari segi kelas, kapal kontena sekarang menyaingi [[Kapal tangki|kapal tangki minyak]] dan [[kapal kargo pukal]] sebagai kapal komersil terbesar di lautan.