Mak Yong: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Yosri (bincang | sumb.)
Baris 21:
 
Kumpulan generasi ketiga tarian Mak Yong telah dipelopori oleh [[Kumpulan Seri Temenggung]], sebuah kumpulan belia. Guru-guru Mak Yong yang terdiri daripada orang-orang lama dari generasi pertama telah diambil untuk melatih mereka dalam tarian-tarian dan nyanyian-nyanyian Mak Yong yang asli seperti yang terdapat pada masa generasi yang pertama dulu. Dengan latihan itu, unsur-unsur yang asli mula dihidupkan kembali.
 
==Latihan tradisi==
Dalam latihan Mak Yong tradisi, setiap pemain akan diajar keseluruhan peranan watak dalam Mak Yong, termasuk Raja, Permaisuri, bangsawan istana dan pelawak termasuk para panglima. Mereka turut diajar pelbagai kisah Mak Yong, termasuk Dewa Muda, Dewa Pecil dan Hijau-hijau Intan Permata.
 
Selain itu, mereka akan belajar sejumlah besar lagu pengiring Mak Yong, termasuk Pak Yong Muda, Sedayung Mak Yong, Sedara Tonggek, Kisah Barat, Barat Cepat, Lagu Khabar ke Pengasuh dan Mengulit.
 
Selepas seseorang pelajar telah menguasai kesemua aspek ini mereka akan menamatkan pengajaran dengan melalui upacara ''sembah guru'' sebagai tanda tamatnya pembelajaran Mak Yong.<ref>[http://www.bt.com.bn/en/features/2009/09/15/preserving-grace-mak-yong Preserving the grace of the 'mak yong', Noor Shamsiah Mohamed, KUALA TERENGGANU]</ref>
 
==Rujukan==