Perang Kelang: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Permairia (bincang | sumb.)
Permairia (bincang | sumb.)
Baris 19:
 
Pada bulan Ogos 1869, Raja Ismail memimpin pasukan seramai 100 orang telah menyerang Kelang dan menawan kota di hilir Sungai Kelang. Ini telah memulakan sekatan terhadap Kelang yang berlarutan sehingga 6 bulan. Tidak lama kemudian pasukan Raja Ismail telah mendapat bantuan daripada 500 orang Kedah yang telah dibawa oleh Tengku Kudin. Ini telah memberi Raja Ismail kelebihan dan menyebabkan Raja Mahadi berundur daripada Kelang pada bulan Mac 1870<ref> J.M Gullick, 2004, ms 66-67</ref>.
 
Sementara itu, [[Negeri-Negeri Selat]] mula bergantung kepada kemakmuran ekonomi negeri Selangor. Selangor pada ketika itu merupakan salah satu negeri di [[Tanah Melayu]] yang menjadi pengeluar [[bijih timah]] terbesar di dunia. Akan tetapi, Perang Kelang membantutkan usaha untuk melombong bahan mentah tersebut. Oleh itu, British di Negeri-negeri Selat mahu membantu kerajaan Selangor memastikan bekalan bijih timah tidak tergendala. Pada masa yang sama, Tengku Kudin mempunyai hubungan rapat dengan British di Negeri-negeri Selat. Ini memberikan pihak British satu peluang untuk mempergunakan hubungan ini untuk mempengaruhi sultan Selangor. Ini menyebabkan British secara tidak langsung memihak kepada Tengku Kudin di dalam peperangan ini.
 
Pada tahun 1872, dengan bantuan [[bendahara]] [[Pahang]], segerombolan tentera Pahang turun ke Selangor dan sekaligus, mengalahkan pihak Raja Mahdi.