Perang Kelang: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Permairia (bincang | sumb.)
Permairia (bincang | sumb.)
Baris 29:
 
==Residen British==
 
Sementara itu, [[Negeri-Negeri Selat]] mula bergantung kepada kemakmuran ekonomi negeri Selangor. Selangor pada ketika itu merupakan salah satu negeri di [[Tanah Melayu]] yang menjadi pengeluar [[bijih timah]] terbesar di dunia. Akan tetapi, Perang Kelang membantutkan usaha untuk melombong bahan mentah tersebut. Oleh itu, British di Negeri-negeri Selat mahu membantu kerajaan Selangor memastikan bekalan bijih timah tidak tergendala. Pada masa yang sama, Tengku Kudin mempunyai hubungan rapat dengan British di Negeri-negeri Selat. Ini memberikan pihak British satu peluang untuk mempergunakan hubungan ini untuk mempengaruhi sultan Selangor. Ini menyebabkan British secara tidak langsung memihak kepada Tengku Kudin di dalam peperangan ini.
 
Situasi berubah pada bulan November 1873 apabila sebuah kapal dari [[Pulau Pinang]] diserang [[lanun]] berhampiran perairan [[Hulu Langat]]. Sultan mula bimbang dengan keselamatan negeri dan meminta Sir Andrew Clarke untuk membantu. Dengan permintaan itu, Andrew Clarke melantik seorang peguam dari Singapura bernama [[J.G. Davidson]] sebagai [[Residen British]] Selangor yang pertama. Beliau diterima baik oleh pembesar [[Selangor]] kerana ia merupakan sahabat karib Tengku Kudin. Tugas [[residen]] bertanggungjawab untuk menasihati sultan di dalam segala perkara kecuali hal-hal mengenai [[Islam]] dan adat resam [[Melayu]].