10Base2 ialah sebuah jenis piawai yang digunakan untuk mengimplementasikan rangkaian berdasarkan teknologi Ethernet. 10Base2 juga disebut sebagai Thinnet atau Thin Coax kerana teknologi rangkaian ini menggunakan kabel koaksial (coaxial) nipis untuk menghubungkan komputer-komputer untuk membina sebuah rangkaian.

Kabel 10BASE2 dengan BNC di hujungnya

Secara teoritis, piawai ini menyokong bandwidth sehingga 10 Mbit/saat, tapi dalam implementasinya, hanya berkisar antara 4 Mbit/saat sehingga 6 Mbit/saat, dikarenakan banyaknya kolisi yang berlaku di dalam rangkaian. Rangkaian 10Base2 dibangun berdasrkan spesifikasi IEEE 802.3 yang dkembangkan oleh Project 802.

Komputer-komputer dalam rangkaian 10Base2 dihubungkan dengan menggunakan topologi bas, sehingga setiap komputer akan dihubungkan secara langsung dengan satu buah kabel panjang. Panjang maksimum segmen rangkaian 10Base2 ialah 185 meter. Jika memang jarak lebih besar berbanding 185 meter, maka dua segmen tersebut perlu dihubungkan dengan menggunakan repeater. Sebuah segmen rangkaian 10Base2 disarankan agar tidak menggunakan lebih dari 30 komputer, sebab jarak minimum antara komputer haruslah 50 cm (½ meter).

Setiap komputer dihubungkan dengan kabel dengan menggunakan penyambung BNC. Pada hujung kabel, haruslah menggunakan BNC terminator yang diberi galangan sebesar 50 ohm. Kerana, jika tidak diberi terminator isyarat akan membalik dan mengakibatkan komunikasi rangkaian menjadi tidak mungkin berlaku.

Nama 10Base2 datang dari komponen-komponen berikut:

  • Kelajuan maksimum rangkaian (10 Mbit/saat)
  • Kaedah transmisi isyarat rangkaian (Baseband)
  • Panjang maksimum sebuah segmen (185 meter, tapi dibulatkan menjadi 200, dengan angka 0 dibuang).

Rangkaian 10Base2 semasa ini tidak diimplementasikan lagi kerana mempunyai dua permasalahan, iaitu:

  1. Kerana kelajuan maksimum yang dimiliki rangkaian 10Base2 ialah terhad pada 10 Mbit/saat, rangkaian akan terasa sangat lambat, khususnya pada rangkaian yang banyak menggunakan bandwidth.
  2. Rangkaian 10Base2 menggunakan sebuah kabel linear panjang yang digunakan untuk menghubungkan komputer-komputer. Satu sahaja terdapat penyambungan yang mengalami kerosakan (atau longgar), dapat menyebabkan keseluruhan rangkaian menjadi terputus, dan untuk menelusuri kerusakanya, setiap segmen kabel dan penyambungan ke setiap komputer perlu dicek.

Kerana dua masalah di atas, 10Base2 telah ditinggalkan dan kegunaan teknologi rangkaian berpindah ke piawai 10BaseT (untuk kelajuan lambat), Fast Ethernet, atau Gigabit Ethernet untuk kelajuan yang lebih tinggi.

Lihat pula sunting