AIROD adalah singkatan bagi Aircraft Inspection, Repair & Overhaul Depot adalah sebuah syarikat aeroangkasa Malaysia yang terlibat dalam menyediakan perkhidmatan penyelengaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO). Ia telah ditubuhkan pada tahun 1976 sebagai satu-satunya kemudahan di dalam negara yang menyediakan kerja-kerja sokongan kepada pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

AIROD.

Pada tahun 1985, AIROD telah diswastakan sebagai sebuah syarikat usahasama di antara National Aerospace & Defence Industries Bhd (NADI) dari Malaysia dan Lockheed Aircraft Systems International (LASI) dari Amerika Syarikat.

Pada hari ini, AIROD merupakan sebuah syarikat milik penuh Malaysia di bawah kumpulan syarikat NADI dan menjadi peneraju utama dalam perkhidmatan MRO kepada pelanggan setempat dan global di kawasan Asia Tenggara.

Pautan luar sunting