Ahli bomba ialah penyelamat yang dilatih secara menyeluruh, terutamanya untuk memadamkan kebakaran berbahaya yang mengancam penduduk awam dan harta benda, menyelamatkan orang daripada kejadian yang melibatkan kenderaan, bangunan yang runtuh atau terbakar dan situasi-situasi yang seumpamanya. Kehidupan berindustri moden yang semakin rumit mendatangkan banyak lagi bahaya, sehingga mendorong peningkatan dalam kemahiran yang diperlukan dalam teknologi bomba serta peluasan bidang kuasa penyelamat bomba, termasuk perkhidmatan perubatan kecemasan.

Ahli bomba
اهلي بومبا
Seorang ahli bomba memadamkan api dalam raptai. Beliau dilengkapi hos bomba dengan penyembur kabus, radas pernafasan, bomba dan peralatan bomba yang lengkap.
Pekerjaan
Jenis
Pekerjaan, sukarela
Sektor kegiatan
Penerangan
Pekerjaan berkaitan
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Latihan kebakaran di Pangkalan Udara Kadena, Jepun

Pasukan bomba dan ahli bomba sentiasa ada di seluruh dunia, baik kawasan hutan, bandar mahupun atas kapal.

Di sesetengah negara, termasuk A.S., Australia, Belanda, Chad, China, Finland, Jepun, Jerman, Kanada, Malaysia, New Zealand, Singapura dan Sweden; ahli bomba lazimnya merupakan pekerjaan berbayar. Selain itu, terdapat juga ahli bomba sukarela (secara teorinya tidak berbayar) dan ahli bomba simpanan (separuh masa, dibayar bila bekerja) yang bersedia dipanggil 24 jam sehari, 7 hari seminggu.[1]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ {"Retained Firefighters." Fire and Rescue NSW. Web. 17 Sept. 2011. <http://www.nswfb.nsw.gov.au/page.php?id=11>}[pautan mati kekal]

Pautan luar sunting