Carlos Saavedra Lamas

Carlos Saavedra Lamas (1 November 1878 – 5 Mei 1959) merupakan ahli akademik dan politik Argentina. Beliau pernah menerima Hadiah Keamanan Nobel pada tahun 1936 dan menjadi orang Amerika Latin pertama yang menerimanya.[1]

Carlos Saavedra Lamas
Kelahiran(1878-11-01)1 November 1878
Meninggal duniaMei 5, 1959(1959-05-05) (umur 80)
PekerjaanAhli politik , diplomat

Biografi sunting

Dilahirkan di Buenos Aires, Saavedra Lamas merupakan dari keturunan patriot Argentina terawal. Beliau mengahwini anak perempuan Presiden Roque Sáenz Peña. Saavedra Lamas bukan sahaja terkenal sebagai Menteri Luar Argentina untuk kerjanya merangka perjanjian antarabangsa dan mengendalikan pengantaraan antarabangasa, tetapi juga sebagai profesor dalam bidang undang-undang buruh dan antarabangsa.

Saavedra Lamas merupakan pelajar cemerlang di Kolej Lacordaire dan Universiti Buenos Aires dimana beliau menerima ijazah Doktor Undang-Undang pada tahun 1903, summa cum laude. Selepas belajar di Paris dan merantau ke luar negara, beliau menerima profesor dalam undang-undang dan sejarah perlembagaan di Universiti La Plata, dimana beliau memulakan kerjaya mengajar beliau selama lebih 40 tahun. Kemudian, beliau memulakan kursus sosiologi di Universiti Buenos Aires, mengajar ekonomi politik dan undang-undang perlembagaan di Sekolah Undang-Undang unversiti tersebut, dan akhirnya menjadi Presiden universiti.

Saavedra Lamas menjadi ahli akademik utama dalam dua bidang. Menjadi perintis dalam undang-undang buruh, beliau telah menyunting beberapa karya berkenaan undang-undang buruh di Argentina dan keperluan pengajaran mengenai perlakuan terhadap buruh yang diiktiraf secara universal - antaranya adalah Centro de legislacíon social y del trabajo (1927) [Center of Social and Labor Legislation], Traités internationaux de type social (1924), Código nacional del trabajo (3 jilid, 1933) [National Code of Labor Law]. Dalam hal ehwal praktikal, Saavedra Lamas telah mengubal undang-undang berkaitan buruh di Argentina, menyokong penubuhan Organisasi Buruh Antarabangsa pada tahun 1991, dan presiden Persidangan ILO 1928 di Geneva dan pada masa yang sama menjadi pemimpin delegasi Argentina.

Dalam undang-undang antarabangsa, beliau telah menerbitkan La Crise de la codification et de la doctrine Argentine de droit international (1931); dan beliau bercakap, menulis dan menggubal undang-undang dalam banyak perkara antaranya suaka, penjajahan, imigresen, timbang tara, dan keamanan antarabangsa.

Saavedra Lamas memulakan kerjaya politiknya pada tahun 1906 sebagai pengarah Kredit Awam dan kemudiannya menjadi Setiausaha Agong perbandaran Buenos Aires pada tahun 1907. Pada tahun 1908 beliau dilantik ke dalam Parlimen. Ketika di Parlimen beliau telah memulakan undang-undang berkenaan hak air pantai, pengairan, pengeluaran gula, kewangan kerajaan, penjajahan dan imigresen. Namun begitu, minat utama beliau adalah hal ehwal luar. Beliau menyelamatkan perjanjian timbang tara antara Argentina dan Itali yang hampir gagal pada tahun 1907-1908, dan akhirnya beliau menjadi penasihat tidak rasmi kepada kedua-dua badan perundangan dan pejabat luar untuk analisis dan implikasi perjanjian luar yang dicadangkan.

Dilantik menjadi Menteri Kehakiman dan Pendidikan pada tahun 1915, beliau melakukan pembaharuan pendidikan dengan mengintegrasikan divisyen yang berbeza daripada pendidikan awam dan membangunkan kurikulum di peringkat pertengahan untuk latihan vokasional dan teknikal tenaga kerja yang diperlukan dalam sebuah negara perindustrian yang sedang membangun.

Apabila Jeneral Agustín P. Justo menjadi Presiden Argentina pada tahun 1932, Justo telah melantik Saavedra Lamas menjadi Menteri Luar. Selama enam tahun, Saavedra Lamas telah membawa Argentina dalam prestij antarabangsa.

Tugas beliau dalam menamatkan Perang Chaco antara Paraguay dan Bolivia (1932-1935) bukan sahaja memberi kepentingan setempat, malah antarabangsa juga. Pada tahun 1932, beliau turut memulakan Deklarasi Washington dan juga Perjanjian Tidak Menceroboh dan Perdamaian yang ditandatangan oleh enam buah negara AMerika Selatan pada Ogos 1933, serta semua negara-negara Amerika di Persidangan Pan-Amerika di Montevideo dua bulan kemudiannya. Pada tahun 1935, beliau telah menganjurkan pengantaraan enam buah negara Amerika berkecuali yang akhirnya menamatkan permusuhan antara Paraguay dan Bolivia.

Selepas bersara sebagai Menteri Luar pada tahun 1938, Saavendra Lamas kembali ke dunia akademik dan menjadi Presiden Universiti Buenos Aires selama dua tahun (1941–1943).

Saavedra Lamas meninggal dunia pada tahun 1959 di usia 80 tahun kerana pendarahan otak.

Pada Mac 2014, pingat Nobelnya telah dilelong setelah dijumpai di sebuah kedai pajak di Amerika Selatan.[2] Pada Ogos 2014, sebuah projek membeli semula pingat Nobel tersebut telah dibentangkan di Kongres Argentina.[3]

Rujukan sunting

  1. ^ Haberman, Frederick W. (1999). Nobel lectures in peace 1926-1950. Volume 2 of Peace 1901-. Nobel lectures, including presentation speeches and laureates' biographies. World Scientific, p. 255. ISBN 981-02-3415-5
  2. ^ "1936 Nobel Peace Prize medal to sell at auction after appearing in South American pawn shop". The Independent. 13 March 2014. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  3. ^ "Project for rebuying Carlos Saavedra Lamas Nobel Medal by congressman Alberto Asseff". Frente Renovador Argentina-Argentine Congress. 15 August 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-08-20. Dicapai pada 2017-06-16. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)