Cuping

bahagian telinga di luar

Dalam anatomi haiwan, cuping atau pina (pinna, bulu pelepah dalam bahasa Latin) merupakan bahagian telinga yang kelihatan dan terletak pada luar kepala (ini juga boleh dipanggil aurikel atau aurikula).

Cuping
Telinga luaran. Permukaan sisian.
Butiran
Arteriaurikel posterior, aurikel anterior
Saraftrigeminal, aurikel besar, oksipital kecil
LimfaKepada nodus-nodus pra- dan pasca-aurikel, nodus-nodus rantaian parotid dan serviks
Pengenalpastian
nama bahasa Latinauricula
MeSHD054644
TAA15.3.01.002
FMAFMA:56580
Terminologi anatomi

Fungsi sunting

 
Bagi seekor impala, cuping telinga berguna untuk mengumpulkan bunyi

Fungsi cuping telinga ialah mengumpulkan bunyi serta melakukan transformasi spektrum pada bunyi-bunyi mendatang yang membolehkan proses penentuan arah bunyi secara menegak.[1] Ia mengumpul bunyi dengan bertindak sebagai corong yang menguatkan bunyi dan menghalakannya ke arah salur pendengaran. Sambil dipantulkan dari cuping, bunyi juga melalui proses penapisan dan juga pemodulatan amplitud bersandarkan frekuensi yang menambahkan maklumat arahan kepada bunyi. Kesan penapisan oleh cuping telinga manusia terutamanya memilih bunyi-bunyi dalam julat frekuensi perbualan mansuia. Untuk pelbagai spesies, cuping telinga boleh juga mengisyaratkan angin perasaan serta menyinarkan haba.

Rujukan sunting