Eleni Foureira (Yunani: Ελένη Φουρέιρα; lahir 7 Mac 1987)[1] ialah penyanyi dan penari Yunani. Beliau memulakan kerjaya muziknya pada tahun 2007 sebagai ahli kumpulan gadis, Mystique, sebelum memulakan kerjaya solo selepas kumpulan itu dibubarkan pada tahun 2009. Beliau mewakili Cyprus dalam Pertandingan Lagu Eurovision 2018 dengan lagu Fuego dan beliau mengakhiri ke-2.[2]

Eleni Foureira
Eleni Foureira di majlis pembukaan Pertandingan Lagu Eurovision 2018
Kelahiran
Entela Fureraj

(1987-03-07) 7 Mac 1987 (umur 37)
WarganegaraYunani
Kerjaya muzik
Genre
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • pelakon
  • penari
InstrumenVokal
Tahun aktif2007–kini
Syarikat rakaman
Laman sesawang
www.elenifoureira.gr

Foureira menandatangani kontrak solo dengan Universal Music Greece dan mengeluarkan album pertama bertajuk sendiri pada 2010, yang menerima pensijilan platinum di Greece. Beliau kemudian menandatangani kontrak dengan Minos EMI, dan kemudian melancarkan album studio kedua dan ketiga, Ti Poniro Mou Zitas dan Anemos agapis pada 2012 dan 2014. Kedua-dua album itu diterima baik di Greece dan Cyprus. Foureira meninggalkan Minos EMI pada tahun 2015, dan menandatangani dengan Panik Records. Album studio keempatnya Vasilissa dikeluarkan pada tahun 2017.

Beliau mewakili Cyprus dalam Pertandingan Lagu Eurovision 2018 dengan lagu "Fuego". Pada 8 Mei 2018, beliau layak dari separuh akhir pertama ke final muktamad, di mana dia menduduki tempat kedua dengan 436 mata, hasil terbaik Cyprus pernah dicapai dalam pertandingan itu.[3]

Diskografi sunting

  • Eleni Foureira (2010)
  • Ti Poniro Mou Zitas (2012)
  • Anemos Agapis (2014)
  • Vasilissa (2017)
  • Gypsy Woman (2019)

Rujukan sunting

  1. ^ Ελένη Φουρέιρα: Γιατί έκρυψα πως είμαι από την Αλβανία (dalam bahasa Greek).
  2. ^ Φουρέιρα: Ηρθα από την Αλβανία 8 χρόνων -Θυμάμαι να μπαίνουν οι σφαίρες μέσα στο σπίτι μου. iefimerida.gr (dalam bahasa Greek). 2016-03-14. Dicapai pada 2016-10-28.
  3. ^ "Biography" (dalam bahasa Greek). PameBouzoukia. 15 June 2013.

Pautan luar sunting

Didahului oleh
Hovig
dengan "Gravity"
Cyprus di Pertandingan Lagu Eurovision
2018
Diikuti oleh:
Tamta
dengan "Replay"