Führerbunker ("Bunker Pemimpin") ialah sebuah tempat perlindungan (dari serangan udara) bawah tanah yang terletak berhampiran pejabat Kanselor Jerman di ibukota negara tersebut Berlin. Ia adalah sebahagian daripada kompleks bunker bawah tanah yang dibina dalam dua fasa, siap pada tahun 1936 dan 1944. Ia merupakan Markas Führer (Führerhauptquartiere) terakhir yang digunakan oleh Adolf Hitler.

Führerbunker
Bunker Führer
Julai 1947, foto pintu masuk belakang ke Führerbunker di taman Reichskanzlei. Jasad Hitler dan Eva Braun telah dibakar dalam lubang letupan di hadapan pintu keluar kecemasan sebelah kiri; binaan berbentuk kon di tengah digunakan sebagai ekzos asap, dan sebagai tempat perlindungan bom bagi pengawal.
Map
Maklumat umum
Bandar/pekanBerlin, Jerman
Koordinat52°30′45″N 13°22′53″E / 52.5125°N 13.3815°E / 52.5125; 13.3815Koordinat: 52°30′45″N 13°22′53″E / 52.5125°N 13.3815°E / 52.5125; 13.3815
Pembinaan bermula1943
Disiapkan pada
23 Oktober 1944
Diruntuhkan pada5 Disember 1947
Pembiayaan1.35 juta Reichsmark
PemilikReich Ketiga
Reka bentuk dan seni bina
ArkitekAlbert Speer, Karl Piepenburg
Firma arkitekHochtief AG
Model 3D Canseleri Reich Baru berserta lokasi kompleks bunker
Model 3D Führerbunker (kiri) dan Vorbunker (kanan)

Hitler mendiami Führerbunker ini pada 16 Januari 1945 dan menjadi pusat pemerintahan Nazi sehingga hari-hari terakhir Perang Dunia II di Eropah. Disinilah Hitler mengahwini Eva Braun pada penghujung April 1945, sejurus sebelum mereka membunuh diri.

Selepas perang kedua-dua bangunan lama dan baru Kanseleri telah diruntuhkan oleh pihak Soviet. Meskipun beberapa kali kerja perobohan dibuat, sebahagian besar kompleks bawah tanah itu masih tidak terusik sehinggalah tahun 1988–89. Sewaktu pembinaan semula kawasan Berlin tersebut, bahagian-bahagian kompleks bunker lama yang digali kebanyakannya telah musnah. Tapak itu kekal tidak bertanda sehinggalah tahun 2006, apabila plak kecil berserta papan informasi skematik telah dipasang. Beberapa koridor bunker masih wujud, namun telah ditutup dari orang awam.

Pembinaan sunting

Bunker Reich Canseleri pada mulanya dibina sebagai tempat perlindungan serangan udara sementara untuk Hitler (yang sebenarnya kurang menghabiskan masa di ibu negara pada keseluruhan perang). Peningkatan pengeboman ke atas Berlin membawa kepada perluasan kompleks itu sebagai tempat tinggal tetap. Kompleks rumit ini terdiri daripada dua pusat perlindungan berasingan, Vorbunker ("bunker hadapan"; bunker atas), siap pada tahun 1936, dan Führerbunker, bertempat 2.5 meter (8.2 kaki) lebih rendah daripada Vorbunker dan di sebelah barat daya, siap pada 1944.[1][2] Ia dihubungkan dengan tangga yang terletak pada sudut kanan dan boleh ditutup antara satu sama lain oleh dinding sekat dan pintu keluli.[3] Vorbunker terletak 1.5 meter (4.9 kaki) di bawah bilik bawah tanah dewan resepsi yang besar di belakang Reich Canseleri lama di Wilhelmstrasse 77.[4] Führerbunker terletak kira-kira 8.5 meter (28 kaki) di bawah taman Reich Canseleri lama, 120 meter (390 kaki) di utara bangunan Reich Canseleri baru di Voßstraße 6.[5] Selain berada lebih dalam di bawah tanah, Führerbunker itu lebih nampak kukuh. Bumbungnya diperbuat daripada konkrit hampir 3 meter (9.8 kaki) tebal.[6] Sejumlah 30 bilik kecil yang dilindungi oleh kira-kira 4 meter (13 kaki) konkrit.; pintu keluar membawa ke bangunan utama, serta sebuah pintu kecemasan sehingga ke taman. Pembinaan Führerbunker telah dilakukan oleh syarikat Hochtief sebagai sebahagian daripada program pembinaan bawah tanah yang luas di Berlin bermula pada tahun 1940.[7]

Tempat tinggal Hitler adalah di dalam bahagian yang lebih baru ini, lebih rendah, dan menjelang Februari 1945 ia telah dihiasi dengan perabot yang berkualiti tinggi diambil dari Canseleri, bersama dengan beberapa bingkai lukisan minyak.[8] Selepas turun tangga ke dalam bahagian yang lebih rendah dan melalui pintu keluli, terdapat koridor yang panjang dengan satu siri bilik pada setiap sisi.[9] Di sebelah kanan adalah satu siri bilik termasuk bilik penjana/bilik pengudaraan dan papan suis telefon.[9] Di sebelah kiri adalah bilik tidur Eva Braun/bilik tamu (juga dikenali sebagai bilik tetamu peribadi Hitler), sebuah bilik antara (juga dikenali sebagai ruang tamu Hitler), yang membawa ke dalam bilik membaca/pejabat Hitler.[10][11] Di dinding tergantung potret besar Frederick Agung, salah seorang wira Hitler.[12] Sebuah pintu membawa ke dalam bilik tidur Hitler yang dihias sederhana.[11] Bersebelahannya adalah bilik mesyuarat/bilik peta (juga dikenali sebagai bilik taklimat/bilik situasi) yang mempunyai pintu yang menghala keluar ke bilik menunggu/bilik antara.[10][11]

Kompleks bunker adalah serba lengkap.[13] Walau bagaimanapun, oleh kerana Führerbunker berada di bawah paras air bumi, keadaan adalah lembap dan tidak menyenangkan, sebuah pam berjalan secara berterusan untuk membuang air tanah. Penjana diesel menyediakan bekalan elektrik dan air perigi telah dipam masuk sebagai bekalan air.[14] Sistem komunikasi termasuk teleks, papan suis telefon, dan satu set radio tentera dengan antena luaran. Apabila keadaan merosot di penghujung perang, Hitler menerima banyak berita perang dari siaran radio BBC dan melalui kurier.[15]

Lihat juga sunting

Sumber sunting

  • Arnold, Dietmar (9 January 2012) [8 June 2010]. "Berliner Unterwelten e.V.: The Legend of Hitler's Bunker". Berliner-unterwelten.de. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-05-18. Dicapai pada 11 June 2011.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Beevor, Antony (2002). Berlin: The Downfall 1945. London: Viking–Penguin Books. ISBN 978-0-670-03041-5.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Bullock, Alan (1999) [1952]. Hitler: A Study in Tyranny. New York: Konecky & Konecky. ISBN 978-1-56852-036-0.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Dollinger, Hans (1997). Decline and the Fall of Nazi Germany and Imperial Japan. London: Chancellor. ISBN 978-0-7537-0009-9.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Hamilton, Stephan (2008). Bloody Streets: The Soviet Assault on Berlin, April 1945. Solihull: Helion & Co. ISBN 978-1-906033-12-5.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Joachimsthaler, Anton (1999) [1995]. The Last Days of Hitler: The Legends – The Evidence – The Truth. London: Brockhampton Press. ISBN 978-1-86019-902-8.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Kellerhoff, Sven (2004). The Führer Bunker. Berlin: Berlin Story Verlag. ISBN 978-3-929829-23-5.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Kershaw, Ian (2008). Hitler: A Biography. New York: W.W. Norton & Co. ISBN 978-0-393-06757-6.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Lehrer, Steven (2006). The Reich Chancellery and Führerbunker Complex. An Illustrated History of the Seat of the Nazi Regime. Jefferson, NC: McFarland. ISBN 978-0-7864-2393-4.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Linge, Heinz (2009). With Hitler to the End. London; New York: Frontline Books–Skyhorse Publishing. ISBN 978-1-60239-804-7.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Mabire, Jean (1975). Mourir à Berlin (dalam bahasa French). Paris: Fayard. ISBN 978-2-213-00178-4.CS1 maint: unrecognized language (link) CS1 maint: ref=harv (link)
  • McNab, Chris (2011). Hitler's Masterplan: The Essential Facts and Figures for Hitler's Third Reich. Amber Books Ltd. ISBN 978-1907446962.CS1 maint: ref=harv (link)
  • McNab, Chris (2014). Hitler's Fortresses: German Fortifications and Defences 1939–45. Oxford; New York: Osprey Publishing. ISBN 978-1-78200-828-6.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Mollo, Andrew (1988). Ramsey, Winston (penyunting). "The Berlin Führerbunker: The Thirteenth Hole". After the Battle. London: Battle of Britain International (61).CS1 maint: ref=harv (link)
  • MI5 staff (2005). "Hitler's last days". mi5.gov.uk. MI5. Dicapai pada 12 June 2011.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Shirer, William L. (1960). The Rise and Fall of the Third Reich. New York: Simon & Schuster. ISBN 978-0-671-62420-0.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Speer, Albert (1971) [1969]. Inside the Third Reich. New York: Avon. ISBN 978-0-380-00071-5.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Staff (9 June 2006). "Debunking Hitler: Marking the Site of the Führer's Bunker". Spiegel Online. Spiegel-Verlag. Dicapai pada 7 April 2014.
  • Taylor, Blaine (2007). Hitler's Headquarters: From Beer Hall to Bunker, 1920–1945. Dulles, Virginia: Potomac. ISBN 978-1-57488-928-4.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Williams, Andrew (2005). D-Day to Berlin. Hodder. ISBN 978-0-340-83397-1.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Ziemke, Earl F. (1969). Battle For Berlin: End Of The Third Reich. London: MacDonald. OCLC 253711605.CS1 maint: ref=harv (link)

Bacaan lanjut sunting

Pautan luar sunting

  1. ^ Lehrer 2006, m/s. 117, 119, 123.
  2. ^ Kellerhoff 2004, m/s. 56.
  3. ^ Mollo 1988, m/s. 28.
  4. ^ Lehrer 2006, m/s. 117.
  5. ^ Lehrer 2006, m/s. 123.
  6. ^ McNab 2014, m/s. 21, 28.
  7. ^ Lehrer 2006, m/s. 117, 119, 121–123.
  8. ^ Kershaw 2008, m/s. 97.
  9. ^ a b McNab 2014, m/s. 28.
  10. ^ a b McNab 2011, m/s. 109.
  11. ^ a b c McNab 2014, m/s. 29.
  12. ^ Kershaw 2008, m/s. 97, 901–902.
  13. ^ Kershaw 2008, m/s. 901.
  14. ^ Lehrer 2006, m/s. 124–125.
  15. ^ Taylor 2007, m/s. 184.