Kapal peronda luar pantai kelas-Kedah merupakan enam buah kapal yang dioperasikan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia yang dibina berdasarkan rekabentuk kapal kelas MEKO 100 oleh firma Blohm + Voss. Asalnya, sejumlah 27 buah kapal akan dibina, tetapi di sebabkan kelewatan program dan masalah kewangan yang dialami oleh kontraktor utama iaitu PSC-Naval Dockyard (PSC-ND), hanya enam buah kapal sahaja yang dipesan. Pembinaan kapal kelas ini telah dimulakan pada awal tahun 2000-an, dan menjelang tahun 2009, kesemua enam buah kapal berada dalam perkhidmatan aktif. Kini, ia merupakan antara kapal-kapal permukaan termoden yang berada dalam pegangan Tentera Laut Diraja Malaysia. Kapal-kapal ini dinamakan bersempena dengan nama negeri-negeri dalam Persekutuan Malaysia.[1]

KD Pahang
Ringkasan kelas
Pembina:
Pengguna: Bendera tentera laut Malaysia Tentera Laut Diraja Malaysia
Didahului oleh: Kapal peronda Vosper PC (Kapal peronda 31 Meter)
Dirancang: 27
Disiapkan: 6
Dibatalkan: 21
Aktif: 6
Ciri-ciri umum
Jenis: MEKO 100 RMN
Sesaran: 1,850 tan muatan penuh
Panjang: 91.1 m (299 ka)
Lunas: 12.85 m (42.2 ka)
Draught: 3.4 m (11 ka)
Jana kuasa: Pendorongan utama: 2x enjin diesel Caterpillar 3616 (5,450kW), 16,000 bhp, 2 aci, 2 bebaling pitch boleh kawal
Halaju: 24 knot (44 km/j; 28 mph)
Jarak: 6,050 batu nautika (11,200 km; 6,960 bt)
Ketahanan: 21 hari
Anak kapal: 78 (penginapan untuk 98 orang)
Sistem penderia dan
pemprosesan:
  • Sistem tempur: Atlas Elektronik COSYS-110 M1/ARGOS
  • Sistem Pengurusan Platform Bersepadu: CAE
  • Radar pencari: Radar PESA EADS TRS-3D/ 16ES
  • Radar kawalan tembakan:Pengarah tembakan elektro-optik Oerlikon Contraves TMX/EO X-band
  • Pengimejan haba: Rheinmetall TMEO
  • Sonar: L-3 ELAC Nautik NDS-3060 Obstacle Avoidance sonar
  • Sistem IFF: Aeromaritime
Peperangan elektronik
& pengumpan:
  • ESM: Thales Sceptre-X
  • Decoy: Sistem pelancaran pengumpan/ penyerak Sippican ALEX/SRBOC
Persenjataan:
Pesawat yang dibawa: 1 x helikopter Super Lynx 300
Kemudahan penerbangan:
  • hangar belakang
  • dek pendaratan helikopter

Latar belakang sunting

Kapal-kapal kelas Kedah lahir dari keperluan Tentera Laut Diraja Malaysia menggantikan kapal-kapal ronda kelas Kris dan kelas Sabah. Program Kapal Ronda Generasi Baru (New Generation Patrol Vessel), NGPV, bertujuan memanfaatkan perjanjian pemindahan teknologi pembinaan kapal. Termasuk di dalam kontrak bernilai 5.35 billion ringgit tersebut, di mana dua kapal pertama dibina di Jerman dan selebihnya di dalam negara, ialah perolehan hak milik rekaan MEKO A-100.

KD Kedah dan Pahang sunting

Dua kapal yang pertama iaitu KD Kedah dan KD Pahang, walaupun dibina di Jerman, dibawa pulang ke tanahair untuk melalui proses integrasi sistem-sistem kapal dan ujian di laut oleh pihak PSC-ND. Belum pun kapal-kapal ini diserah, PSC-ND dilanda kemelut kewangan. Pengerusi Kira-kira Wang Negara (PAC) mendedahkan berlakunya penyelewengan dimana PSC-ND tidak dapat menjelaskan hutang berjumlah 80 juta ringgit kepada vendor-vendor dan kontraktor-kontraktor yang terlibat dalam pembinaan. Malahan PSC-ND memerlukan suntikan dana berjumlah 120 juta ringgit lagi untuk menyiapkan KD Kedah dan KD Pahang menyebabkan kelewatan hampir dua tahun. Episod buruk ini berakhir apabila pengurusan baru dilantik dan firma Boustead mengambil alih PSC-ND. Kedah dan Pahang akhirnya ditauliah ke dalam perkhidmatan TLDM pada 5 Jun dan 3 Ogos 2006.

Kapal-kapal Kelas Kedah sunting

 
KD Kelantan
Pennant Nama Dibaringkan Dibina oleh Dilancarkan Ditauliahkan
F171 KD Kedah 13 November 2001 Blohm + Voss 21 Mac 2003 5 Jun 2006
F172 KD Pahang 21 Disember 2001 HDW 2 Oktober 2003 3 Ogos 2006
F173 KD Perak Mac 2002 Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd 12 November 2007 3 Jun 2009
F174 KD Terengganu Ogos 2004 Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd 6 Disember 2007 8 Disember 2009
F175 KD Kelantan Julai 2005 Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd 24 November 2008 8 Mei 2010
F176 KD Selangor Julai 2006 Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd 23 Julai 2009 28 Disember 2010

Kesemua kapal dalam kelas ini dinamakan bersempena dengan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia.

Konsep bermodul sunting

 
KD Perak dipersiap sebelum menjalani fasa ujian di Laut

Rekabentuk kapal-kapal kelas Kedah adalah berasaskan konsep MEKO (MEKO = MErzwerk KOmbination) yang bermakna kombinasi pelbagai guna. Berdasarkan aturan begini sesebuah kapal boleh dikonfigurasi semula dengan memuatkan atau mengeluarkan modul-modul tertentu. Dari aturan kapal ronda OPV, ia boleh dinaik taraf kepada korvet dengan menambah modul peluru berpandu anti kapal. Seterusnya, persenjataan anti udara pula boleh dimuatkan menjadikan kapal-kapal ini setaraf frigat ringan. Aturan begini juga dipanggil Fitted For, But Not With (FFBNW). Selain dari itu kelas Kedah juga bergantung kepada kemudahan automasi yang tinggi yang terdapat pada sistem kawalannya, secara tidak langsung bilangan anak kapal dapat dikurangkan.

Teknologi tempatan sunting

Walaupun melalui babak-babak kontroversi, Program NGPV telah membawa manfaat yang besar kepada industri pertahanan maritim negara. Kini firma tempatan boleh menghasilkan sendiri radar kawalan tembakan TMX/EO asalnya keluaran Oerlikon Contraves. Radar ini mengawal meriam utama OTO Melara merupakan peningkatan dari sistem Seaguard. Buat kali pertama juga sebuah firma tempatan, Atlas Defence Technology Sdn Bhd, berjaya menghasilkan sistem pengurusan tempur COSYS 110-M1 untuk digunakan kapal-kapal kelas Kedah.


Rujukan sunting