Miselium adalah bahagian vegetatif kulat atau bakteria mirip ia yang tersembunyi bawah tanah memanjang seperti benang dan terkumpul padat; bahagian ini sama ada terlalu kecil untuk dilihat bahkan boleh tumbuh hingga mencapai ribuan ekar.

Keratan rentas tanah menunjukan pertumbuhan miselium cendawan.

Miselium sangat penting dalam ekosistem daratan dan akuatik kerana peranannya dalam penguraian bahan tumbuhan mendapatkan nutrien asas penting kulat dari persekitarannya; penguraian ini menyumbang kepada pecahan organik tanah sambil melepaskan karbon dioksida kembali ke atmosfera dalam suatu kitaran semulajadi.

Gambaran umum sunting

Pembentukan sunting

Miselium terbentuk hasil perangkaian hifa muncul hasil pencambahan spora[1][2] menjadi miselium monokariotik yang tidak dapat membiak secara seksual; apabila dua miselium monokariotik yang serasi bertemu, dua-dua miselium ini bergabung membentuk miselium dikaryotik yang boleh menumbuhkan badan berbuah seperti cendawan.[3]

Penguraian sunting

Miselium kulat menguraikan bahan organik persekitaran secara berperingkat: hifa mula-mula mengeluarkan enzim ke sumber makanan di mana enzim ini memecah polimer biologi menjadi unit yang lebih kecil seperti monomer. Monomer ini kemudian diserap ke miselium dengan resapan berbantu dan pengangkutan aktif.

Rujukan sunting

  1. ^ Fricker, M.; Boddy, L.; Bebber, D. (2007). Biology of the fungal cell. Springer. m/s. 309–330.
  2. ^ Pujiati; Widiyanto, Joko (2017). Kapang Selulolitik. Madiun: Universitas PGRI Madiun. m/s. 5–6. ISBN 978-602-74758-3-0.
  3. ^ "Mycelium". Microbiology from A to Z (dalam bahasa Inggeris). Micropia. Dicapai pada 30 November 2021.

Pautan luar sunting