Dalam sistem elektronik dan pengkomputeran, perisian tegar (dalam bahasa Inggeris: firmware) merupakan gabungan bagi ingatan baca sahaja dan kod atur cara serta data yang tersimpan di dalamnya.[1] Contoh peranti yang mengandungi perisian tegar ialah sistem terbenam (macam lampu trafik dan jam digital), komputer, persisian komputer, telefon bimbit, dan kamera digital. Perisian tegar yang terkandung di dalam peranti-peranti ini menyediakan atur cara kawalan untuknya. Perisian tegar disimpan di dalam peranti-peranti ingatan tak meruap (non volatile) seperti ROM, EPROM, atau ingatan flash. Perisian tegar bagi sesebuah peranti jarang atau tidak akan pernah ditukar sepanjang hayat ekonominya; sesetengah peranti ingatan perisian tegar kekal terpasang dan tidak boleh ditukar selepas pengilangan. Antara sebab-sebab biasa untuk mengemaskini perisian tegar ialah memperbetulkan pepijat atau penambahan ciri pada peranti berkenaan.

Perisian tegar seperti BIOS ROM bagi komputer peribadi mungkin hanya mengandungi fungsi-fungsi asas bagi sesebuah peranti dan mungkin hanya menyediakan khidmat kepada perisian aras tinggi. Perisian tegar seperti atur cara bagi sebuah sistem terbenam boleh jadi satu-satunya perisian yang berjalan pada sistem itu dan menyediakan segala fungsinya.

Rujukan sunting

  1. ^ The Authoritative Dictionary of IEEE Standards Terms. m/s. 438. doi:10.1109/IEEESTD.2000.322230. ISBN 0738126012.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.