Philadelphia (filem)

Templat:Otheruses2

Philadelphia
Poster
PengarahJonathan Demme
PenulisRon Nyswaner
Dihasilkan olehJonathan Demme
Edward Saxon
DibintangiTom Hanks
Denzel Washington
SinematografiTak Fujimoto
Disunting olehCraig McKay
Muzik olehHoward Shore
Diedarkan olehTriStar Pictures
Tarikh tayangan
23 Disember 1993
Masa tayangan
125 min.
BahasaBahasa Inggeris
Bajet$26,000,000 US (est.)

Philadelphia merupakan sebuah filem 1993 yang mengangkat tema HIV/AIDS, homoseksualiti dan homofobia. Ia ditulis oleh Ron Nyswaner dan diarahkan oleh Jonathan Demme. Filem ini dibintangi oleh Tom Hanks, Denzel Washington, Joanne Woodward, Jason Robards, Antonio Banderas, Mary Steenburgen, Anna Deavere Smith, Lisa Summerour, Chandra Wilson dan Ron Vawter. Ia diinspirasikan dari kisah Geoffrey Bowers, seorang peguam yang menyaman firma guam Baker & McKenzie kerana ketidakadilan dalam pemecatannya dalam satu daripada kes discriminasi AIDS pertama.

Plot sunting

Filem ini berkisarkan Andrew Beckett (lakonan Tom Hanks), seorang peguam yang bekerja di salah sebuah firma guam korporat terbesar di Philadelphia. Walaupun tinggal bersama pasangannya Miguel Álvarez (Antonio Banderas), Beckett menyembunyikan homoseksualitinya dan statusnya sebagai penghidap AIDS dari ahli majlis tertinggi firma guam tersebut. Pada hari beliau dilantik untuk kes yang penting, salah seorang ahli firma menyedari luka kecil di dahi Beckett. Beckett menyembunyikan luka-luka yang semakin kelihatan dengan membuat tugasan dari rumah. Semasa di rumah, beliau menghabiskan kertas kerja untuk kes yang telah diberikan kepadanya dan kemudian membawanya ke pejabat, meninggalkan pesanan kepada pembantunya untuk memfailkan kertas kerja tersebut pada keesokan harinya. Keesokan paginya, beliau mendapat panggilan telefon yang bertanyakan mengenai kertas kerja rersebut kerana salinan tidak dapat dijumpa dan tiada salinan di dalam komputer. Walau bagaimanapun, kertas kerja itu berjaya ditemui oleh ahli firma. Hari seterusnya, Beckett dipecar oleh ahli firma yang mana merujuk beliau sebagai "kawan" sebelum ini.

Beckett percaya seseorang telah mengkhianatinya dengan menyorokkan kertas kerja tersebut supaya firma mempunyai alasan untuk memecatnya, dan percaya pemecatannya adalah kerana penyakit yang dibawanya, AIDS. Beckett meminta bantuan beberapa orang peguam untuk mengambil kesnya ini termasuklah peguam persendirian untuk kecederaan, Joe Miller (Denzel Washington), yang mana pernah melawannya dalam kes terdahulu. Miller, seorang fobia terhadap golongan homoseksual dan mengetahui serba sedikit mengenai penyakit Beckett dan menolak untuk mengambil kes tersebut Miller segera bertemu dengan doktor untuk mengesahkan samaada virus HIV boleh disebarkan melalui sentuhan kulit (beliau ada menyabat tangan Beckett).

Gagal mencari peguam untuk mewakili kesnya, Beckett memutuskan untuk mewakili dirinya sendiri. Semasa di perpustakaan undang-undang, Miller ternampak Beckett di meja yang tidak jauh dari mejanya. Apabila seorang pustakawan memberitahu bahawa menemui sebuah buku mengenai diskriminasi AIDS untuk Beckett, pengunjung di dalam perpustakaan tersebut segara memandang Beckett dengan pandangan yang kurang selesa sebelum beralih ke meja yang lain. Pustakawan tersebut menawarkan sebuah bilik persendirian untuk Beckett tetapi ditolak oleh Beckett. Oleh kerana kasihan melihat Beckett, Miller mendekati dan melihat kesemua bahan yang telah dikumpul Beckett untuk kesnya. Miller menawarkan diri untuk mewakili kes Beckett.

Pelakon sunting

Anugerah sunting

Filem ini memenangi Anugerah Akademi untuk Pelakon Lelaki Terbaik (Best Actor in a Leading Role) oleh Tom Hanks dan Muzik Terbaik, Lagu (Best Music, Song]] (Bruce Springsteen untuk "Streets of Philadelphia").

Filem ini diangkat ditangga #20 untuk AFI's 100 Years... 100 Cheers.


Pautan Luar sunting

Rujukan sunting

Templat:Jonathan Demme Films