Polandball, juga dikenali sebagai countryball, ialah meme internet berasal dari papan /INT/ Krautchan.net, sebuah papan imej dari Jerman pada akhir tahun 2009. Meme ini memberi inspirasi kepada banyak komik online, dengan setiap negara diwakili dengan persona berbentuk sfera yang selalunya berinteraksi dalam Bahasa Inggeris pecah, secara satira memberi stereotaip kepada negara dan hubungan antarabangsa negara berkenaan. Komik jenis ini dikenali sebagai Polandball atau countryball, walaupun sekiranya karakter Poland tiada dalam komik tersebut.

Polandball.

Latar belakang sunting

Polandball berasal daripada perang siber pada tahun 2009, antara pengguna internet Poland dan negara-negara lain di drawball.com. Laman tersebut berfungsi sebagai kanvas virtual kepada pengguna Internet untuk melukis objek yang diingini dan juga melukis di atas lukisan pengguna lain. Pengguna Internet dari Poland mendapat idea untuk melukis bendera negara Poland di atas permukaan bola, dan beribu-ribu rakyat Poland berjaya menghasilkan lukisan berbentuk bulat putih dan merah, perkataan "POLSKA" ditulis di tengah-tengah. Dengan kerjasama dari 4chan, lukisan ini berjaya diliputi semula dengan sebuah lukisan gergasi berbentuk swastika.[1][2]

Krautchan.net ialah sebuah papan imej berbahasa Jerman, di mana papan /INT/ sering dikunjungi pengguna Internet berbahasa Inggeris. Asal-usul meme Polandball datang dari Falco, seorang warga British di /INT/ pada September 2009 menghasilkan meme menggunakan MS Paint secara apolitikal mempermainkan Wojak, seorang warga Poland yang berinteraksi dalam bahasa Inggeris pecah di dalam papan yang sama. Berikutnya komik Polandball dilukis oleh warga Rusia secara ghairah.[1][3][4]

Tema sunting

 
Satu contoh komik Polandball memaparkan Malaysia dan sejarahnya. Turut kelihatan Britain, Singapura, Negeri Sabah, Negeri Sarawak, Brunei, Indonesia, Filipina dan Australia

Premis Polandball, yang mana mendapat populariti berikutan insiden kemalangan di Smolensk yang mana melibatkan Presiden Poland Lech Kaczyński, memaparkan Poland dan sejarahnya, hubungan antara negara lain, dan stereotaip,[3][5] menfokuskan megalomania and kompleks nasional Poland.[2] Interaksi antara countryballs biasanya dalam bahasa Inggeris pecah dan slang internet, mirip meme Lolcat, dan di akhir komik, Poland, yang mana secara sengaja diwakili dengan benderanya yang terbalik, biasanya menangis teresak-esak.[1][2]

Sesetengah komik Polandball muncul dari premis yang mana Rusia dapat terbang ke angkasa, manakala Poland tidak mampu berbuat demikian. Salah satu komik Polandball yang popular bermula dengan premis di mana bumi hampir diserang meteor gergasi, menyebabkan semua negara yang memiliki teknologi angkasa meninggalkan bumi dan menuju ke orbit planet. Di akhir komik, Poland, masih di permukaan bumi, menangis teresak-esak lalu dalam bahasa Inggeris pecah menuturkan frasa terkenal "Poland cannot into space".[3]

Countryball lain sunting

 
Britain dalam bentuk Polandball

Polandball juga boleh memaparkan negara lain, walaupun demikian komik sebegini selalunya masih dikenali sebagai Polandball. Bavaria memiliki bola tersendiri, dan Negeri-negeri Amerika Syarikat, Catalonia, Siberia, dan lain-lain, memiliki bola masing-masing. Singapura mengambil bentuk segi tiga dan dikenali sebagai Tringapore, Israel mengambil bentuk hiperkiub (merujuk kepada fizik Yahudi), Kazakhstan mengambil bentuk seketul bata, dan Britain digambarkan memakai topi dan cermin mata.[6]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c Orliński, Wojciech (16 January 2010). "Wyniosłe lol zaborców, czyli Polandball" (dalam bahasa Polish). Gazeta Wyborcza. Dicapai pada 25 March 2012.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ a b c Zapałowski, Radosław (15 February 2010). "Znowu lecą z nami w... kulki" (dalam bahasa Polish). Cooltura. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-08-05. Dicapai pada 22 March 2012.CS1 maint: unrecognized language (link)
  3. ^ a b c Kapiszewski, Kuba (13/2010). "Fenomem - Polska nie umieć kosmos" (dalam bahasa Polish). Przegląd. Dicapai pada 26 March 2012. Check date values in: |date= (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ "Polandball". Knowyourmeme. Dicapai pada 26 March 2012. line feed character in |accessdate= at position 3 (bantuan); Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  5. ^ Cegielski, Tomek (12 April 2011). "MEMY. Legendy Internetu" (dalam bahasa Polish). Hiro.pl. Dicapai pada 24 March 2012. line feed character in |date= at position 9 (bantuan); Check date values in: |date= (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  6. ^ "Int" (dalam bahasa Russian). Lurkmore.to. 26 December 2011. Dicapai pada 27 March 2012.CS1 maint: unrecognized language (link)

Pautan luar sunting