Sakral (filem)

filem Indonesia

Sakral merupakan sebuah filem hantu Indonesia yang mula ditayangkan pada 20 September 2018 dan diarahkan oleh Tema Patrosza. Filem ini diterbitkan oleh MD Pictures dan Dee Company. Filem ini dibintangi oleh Olla Ramlan, Teuku Zacky, Makayla Rose, Erika Carlina, Raquel Katie Larkin, Ninok Wiryono, dan Billy Boedjanger.

Sakral
PengarahTema Patrosza
PenulisBaskoro Adi
Dihasilkan olehDheeraj Kalwani
Dibintangi
SinematografiAsep Kalila
Disunting olehFirdauzi Trizkiyanto
Muzik olehRicky Lionardi
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
Indonesia 20 September 2018
Masa tayangan
90 minit
Negara Indonesia
BahasaBahasa Indonesia

Sinopsis sunting

Melina (Olla Ramlan) dan Daniel (Teuku Zacky) kehilangan salah seorang kembar mereka bernama Fiona. Anaknya yang masih hidup, Flora (Makayla Rose), membesar menjadi seorang anak yang murung dan misteri. Apabila Flora berusia lima tahun, keluarga Melina mengalami gangguan ghaib dan kematian orang terdekatnya, malah Melina sendiri menerima ugutan bunuh. Daniel cuba mencari tahu apa yang berlaku kepada keluarganya, yang ternyata ada kaitan dengan bayi mereka yang mati. Semakin Daniel membongkar misteri itu, semakin besar bahaya yang mengintai dalam kehidupan keluarganya.[1]

Pelakon sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Sinopsis Filem Sakral". filmindonesia.or.id. Dicapai pada 30 Ogos 2021.

Pautan luar sunting