Raja Syed Hamzah Jamalullail

Raja Perlis
Tuanku Syed Hamzah Jamalullail
توانكو سيد همزة
Perlis Indera Kayangan
Syed Hamzah ibni Syed Safi Jamalullail
Raja Perlis
Pemerintahan2 Februari 1943 - 17 September 1945
Pertabalan20 Ogos 1943
Didahului olehSyed Alwi ibni Syed Saffi Jamalullail
Diikuti olehTuanku Syed Putra Jamalullail
Keputeraan1895
Kemangkatan20 Februari 1958(1958-02-20) (umur 62–63)
Alor Setar, Kedah, Malaya British
Nama penuh
Tuanku Syed Hamza ibni al-Marhum Tuanku Syed Safi Jamalullail
AyahandaSyed Saffi ibni Syed Alwi Jamalullail
BondaInche' Shamsia binti Lebai Mat Amin
AgamaIslam

Kehidupan sunting

Baginda adalah putera Raja Syed Safi Jamalullail dengan Che Shamsiah binti Lebai Mat Amin. Ini bermakna baginda adalah saudara seayahanda dengan Raja Syed Alwi Jamalullail. Selepas kemangkatan Raja Muda Syed Mahmud Ibni Syed Safi Jamalullail, baginda mula aktif membantu urusan pentadbiran Negeri Perlis dengan menjadi Naib Presiden Majlis Mesyuarat Kerajaan Perlis. Baginda juga bertindak sebagai Pengerusi kepada beberapa jawatankuasa di bawah Kerajaan Perlis, antaranya Jawatankuasa Pelajaran Negeri Perlis.

Kerajaan sunting

Semenjak April 1943, Kerajaan Jepun mula mengamalkan dasar pengiktirafan rasmi kepada kuasa Raja-raja Melayu dan zaman pemerintahan Raja Syed Hamzah Jamalullail amat sinonim dengan penderitaan yang bermaharajalela. Kebuluran merebak, harga barang-barang melambung tinggi dan hasil padi dirampas oleh Tentera Jepun. Perusahaan getah dan perlombongan bijih timah tergendala. Pendidikan yang diteruskan di sekolah-sekolah diubah orientasinya kepada pengagungan Jepun sebagai ‘Pelindung Bangsa Asia, Pemimpin Bangsa Asia dan Cahaya Asia’. Sebagai balasan kepada Kerajaan Siam di bawah pimpinan Perdana Menteri Phibul Songkhram yang memberikan kerjasama penuh sehingga penaklukan Jepun ke atas Tanah Melayu mendapat kejayaan besar, Negeri-negeri Melayu Utara Semenanjung dikembalikan kepada pentadbiran Kerajaan Siam. Tanpa persetujuan Majlis Mesyuarat Kerajaan Perlis pun, negeri ini bersama-sama Kedah, Kelantan dan Terengganu telah diserahkan semula oleh Kerajaan Jepun kepada Kerajaan Siam untuk ditadbir sebagai ‘caretaker government’. Kesemua negeri-negeri ini diletakkan di bawah pentadbiran seorang Pesuruhjaya Tinggi Tentera Siam yang bertanggungjawab kepada semua urusan kecuali Agama Islam dan adat istiadat Melayu. Beliau digelar Khaluang Tahan Besar dan beribu pejabat di Alor Setar. Di Perlis, seorang pembantu Khaluang Tahan Besar dengan gelaran Khaluang Tahan Phra’ Chamrat telah ditempatkan