Tarantula

keluarga labah-labah

Tarantula ialah kumpulan labah-labah yang besar dan berbulu yang tergolong dalam famili Theraphosidae di mana kira-kira 900 spesies telah dikenal pasti. Semua tarantula boleh mengeluarkan sutera, sama ada ia adalah spesies arbor (berkenaan pokok) atau daratan. Spesies arbor biasanya menghuni di dalam jejaring tiub bersutera manakala spesies daratan pula menjajari korok atau sarangnya dengan dengan jejaring bagi menangkap mangsa yang merayau-rayau. Ia makan serangga dan artropod lain, menggunakan serang hendap sebagai kaedah utama. Tarantula terbesar mampu membunuh haiwan sebesar cicak, tikus atau burung. Kebanyakan tarantula berbahaya kepada manusia malah sesetengah spesiesnya diketahui dalam perdagangan haiwan eksotik sementara yang lain dijadikan sebagai makanan. Tarantula boleh ditemui di kawasan tropika dan padang pasir di seluruh dunia.

Tarantula
Tarantula lutut Merah Mexico
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Suborder:
Superkeluarga:
Keluarga:
Theraphosidae

Thorell, 1870
Subfamili

Acanthopelminae
Aviculariinae
Eumenophorinae
Harpactirinae
Ischnocolinae
Ornithoctoninae
Poecilotheriinae
Selenocosmiinae
Selenogyrinae
Spelopelminae
Stromatopelminae
Theraphosinae
Thrigmopoeinae

Diversiti
113 genus, 897 spesies

Nama tarantula muncul daripada perkataan Taranto yang merujuk kepada sebuah bandar di selatan Itali dan asalnya digunakan bagi spesies tidak berkait sama ada Lycosa tarantula atau lelabah janda hitam Mediterranean (kesan gigitannya hampir serupa dengan apa yang telah diterangkan di Taranto). Di Afrika, tarantula selalunya merujuk kepada "baboon spiders". Orang Asia pula mengenalinya sebagai "earth tigers" atau "bird spiders". Orang Australia merujuk spesies berkenaan sebagai "barking spiders", "whistling spiders" atau "bird spiders". Masyarakat di kawasan lain menggunakan nama umum "mygales" kepada lelabah tarantula.

Morfologi sunting

Sama seperti semua atropod, tarantula merupakan intervertebat yang bergantung kepada eksorangka bagi sokongan otot. Badan tarantula terdiri daripada dua bahagian utama, prosoma atau sefalotoraks dan opistosoma atau abdomen. Prosoma dan opistosoma disambungkan oleh pedikel atau sering dikenali sebagai somit pregenital. Kepingan penyambung bak pinggang sebenarnya bahagian prosoma dan membenarkan opistosoma untuk bergerak dalam julat gerakan yang luas berbanding prosoma.

Bergantung pada spesies, panjang badan tarantula berukuran di antara 2.5–10 sm (1–4 inci), dengan 8–30 sm (3-12 inci) rentang kaki (saiz termasuk kakinya). Rentang kaki ditentukan dengan mengukur dari hujung kaki belakang ke hujung kaki hadapan pada sisi yang sama, bagaimanapun sesetengah orang mengukur dari hujung kaki pertama ke hujung kaki keempat pada sisi yang lain. Spesies terbesar tarantula boleh mencecah 9.1 g (0.3 auns). Setakat ini, spesies Theraphosa blondi (Labah-labah pemakan burung Goliath) dari Venezuela and Brazil, telah dilaporkan mempunyai berat 3 auns dan rentang kakinya lebih 46 sm (18 inci). Tarantula jantan mempunyai badan lebih panjang manakala tarantula betina memiliki lilitan lebih lebar.

T. blondi secara umumnya ditafsirkan sebagai tarantula terberat dan T. apophysis pula memiliki rentang kaki terbesar. Dua spesies lain Lasiodora parahybana (Labah-labah salmon merah jambu Brazil) and Lasiodora klugi merupakan pesaing kepada kedua-dua spesies Theraphosa ini.

Majoriti tarantula Amerika Utara adalah berwarna perang. Banyak spesies daripada kawasan lain mempunyai corak perwarnaan yang lebih beraneka, daripada biru kobalt (Haplopelma lividum), hitam dengan jalur putih (Eupalaestrus campestratus atau Aphonopelma seemanni), kaki berwarna biru logam dengan abdomen berwarna oren terang (Chromatopelma cyaneopubescens). Habitat semula jadinya termasuklah savana, padang rumput seperti pampas, hutan hujan, padang pasir, hutan semak samun, gunung-ganang dan hutan awan.

Apendaj sunting

Lapan kaki, dua kelisera dengan siungnya dan pedipalpa dicantumkan kepada prosoma. Kalisera adalah dua segmen apendaj berganda yang terletak hanya di bawah mata dan terus ke mulut. Kalisera mengandungi kelenjar bisa yang dikeluarkan oleh siung. Siung merupakan pemanjangan berongga kalisera yang menyuntik venom ke dalam mangsa atau haiwan yang dianggap oleh tarantula sebagai ancaman dan juga digunakan sebagai menguyah. Siung ini adalah berartikulat, jadi tarantula boleh memanjangkan ke atas atau bawah dalam persediaan untuk menggigit atau dilipat ke arah kalisera ibarat pisau lipat dilipat ke dalam pemegang.

Pedipalpa adalah dua segmen apendaj berenam yang disambungkan kepada toraks yang berada berdekatan dengan mulut dan menjulurkan mana-mana dua kalisera.