Unjuran peta adalah satu cara untuk memaparkan atau memperlihat permukaan tiga matra sfera atau glob kepada suatu permukaan rata untuk menghasilkan peta. Ini memerlukan perubahan sistematik bagi garis lintang dan garis bujur lokasi daripada permukaan glob kepada lokasi pada suatu satah.[1] Unjuran adalah subjek bagi beberapa bidang matematik tulen, termasuklah geometri pembezaan, geometri unjuran dan pancarongga (manifold). Walau bagaimanapun, "unjuran peta" merujuk secara khusus kepada unjuran kartografi.

Peta dunia dalam unjuran Eckert dengan grid 10 darjah.

Masalah mengenai unjuran pada peta adalah mereka berubah mengikut cara atau tahap tertentu yang dipanggil sebagai herotan. Bergantung kepada tujuan peta, sesetengah herotan boleh diterima dan yang lain pula tidak. Oleh itu, unjuran-unjuran peta yang berbeza wujud bagi mengekalkan beberapa ciri jasad seperti sfera dengan mengorbankan sifat-sifat lain, dan tidak ada had bilangan unjuran peta yang mungkin ada.[2]:1

Rujukan sunting

  1. ^ Snyder, J.P. (1989). Album of Map Projections, United States Geological Survey Professional Paper (dalam bahasa Inggeris). Pejabat Percetakan Pemerintah Amerika Syarikat. 1453. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-07-01. Dicapai pada 2021-02-01.
  2. ^ Snyder, John P. (1993). Flattening the earth: two thousand years of map projections (dalam bahasa Inggeris). University of Chicago Press. ISBN 0-226-76746-9.

Pautan luar sunting