Virologi

kajian virus

Virologi merupakan salah satu cabang daripada bidang biologi, iaitu kajian mengenai kehidupan benda hidup iaitu mengenai haiwan dan tumbuhan.

Virologi merujuk kepada pengkajian mengenai virus, sifat-sifat virus, cara penyebaran, bentuk dan struktur, dan host asal. Virologi berusaha mengenal pasti virus baru yang boleh mengancam manusia seperti SARS dan ebola.

Cabang virologi sunting

Pengelasan dan penamaan sunting

Cabang utama virologi ialah pengelasan virus. Virus-virus boleh dikelaskan mengikut perumah yang boleh dijangkiti, yakni virus haiwan, tumbuhan, kulat dan bakteriofaj (virus yang menyerang bakteria). Satu lagi pengelasan ialah bentuk geometri kapsid (lazimnya heliks atau ikosahedron) atau struktur virus seperti kehadiran sampul lipid.

Suatu virus bersaiz antara 30 nm ke 450 nm, bermakna kebanyakan virus tidak boleh dilihat menerusi mikroskop cahaya lazim, dan suatu pemerhatian virus perlu dilakukan dengan mikroskop elektron, spektroskopi NMR atau kristalografi sinar-X.

Berdasarkan laporan terkini Jawatankuasa Tatanama Virus Antarabangsa pada 2005, terdapat 5450 virus yang tergolong dalam lebih 2,000 spesies, 287 genus, 73 keluarga tiga order.

Penyakit virus sunting

Satu dorongan utama terhadap kajian virologi ialah virus membawa kepada pelbagai jenis penyakit berjangkit seperti selesema, influenza, anjing gila, cacar, pelbagai jenis cirit-birit, hepatitis, demam denggi, demam kuning, polio, campak dan AIDS.[1]

Penjujukan sunting

Memandangkan kebanyakan virus adalah terlalu kecil untuk dilihat menerusi mikroskop cahaya, penjujukan DNA/RNA virus adalah penting untuk mengenal pasti dan mengkaji suatu virus.

Rujukan sunting

  1. ^ Evans, Alfred (1982). Viral Infections of Humans. New York, NY: Plenum Publishing Corporation. m/s. xxv-xxxi. ISBN 0306406764.

Pautan luar sunting

  •   Kategori berkenaan Virologi di Wikimedia Commons