Keluarga (biologi)

Pengelasan biologi
Domain
Alam
Filum (haiwan)
Divisi (tumbuhan)
Subfilum (haiwan)
Subdivisi (tumbuhan)
Superkelas
Kelas
Subkelas
Order
Suborder
Superkeluarga
Keluarga
Subkeluarga
Genus
Subgenus
Spesies
Subspesies

Dalam pengelasan biologi, keluarga atau famili (bahasa Latin: familia, kata jamak familiae) merupakan

  1. aras taxonomi yang terletak di antara order dan genus
  2. satu takson dalam aras itu
Contoh: "Walnut dan Hikori tergolong dalam famili Walnut" merupakan cara ringkas untuk mengatakan: Walnut (genus Juglans) dan Hikori (genus Carya) tergolong dalam famili Walnut (famili Juglandaceae).

Aras "famili" terletak antara susunan yang kurang khusus dan genus yang lebih khusus; oleh itu, satu susunan mengandungi satu atau lebih famili, dan satu famili mempunyai satu atau lebih genus.

Hanya melainkan spesies dan genus, famili ialah aras yang terpenting dalam taksonomi. Perincian tepat untuk tatanama formal bergantung kepada Kod Tatanama yang berkenaan. Sila lihat pengelasan saintifik dan:


Sejarah konsep sunting

Konsep famili, sebagai suatu aras di antara susunan dan genus, merupakan suatu rekaan yang agak baru. Istilah familia dicipta oleh ahli botani Perancis, Pierre Magnol, dalam karyanya, Prodromus historiae generalis plantarum, in quo familiae plantarum per tabulas disponuntur (1689). Beliau menamakan 76 kumpulan tumbuhan sebagai "famili" (familiae) dalam jadual-jadualnya. Konsep aras masih in statu nascendi (masih tumbuh) ketika itu, dan dalam kata pendahuluan Prodromus, Magnol mencadangkan penyatuan famili-famili menjadi genus yang lebih besar. Konsep ini adalah jauh daripada cara bagaimana istilah itu digunakan pada hari ini.

Carolus Linnaeus menggunakan istilah familia dalam karyanya, Philosophia botanica (1751) untuk kumpulan-kumpulan tumbuhan yang utama : pokok, herba, paku-pakis, palma, dan sebagainya. Beliau menggunakan istilah ini hanya dalam bahagian morfologi untuk bukunya, dan membincangkan organ-organ vegetatif dan generatif untuk tumbuhan-tumbuhan.

Kemudian, dalam terbitan-terbitan botani Perancis, dari karya Familles naturelles des plantes oleh Michel Adanson pada tahun 1763 sehingga akhir abad ke-19, istilah famille digunakan sebagai padanan Perancis untuk istilah ordo dalam bahasa Latin. Harus diperhatikan bahawa istilah ordo dalam karya-karya abad ke-19, seperti Prodromus oleh de Candolle dan Genera Plantarum oleh Bentham & Hooker digunakan untuk aras yang kini digelarkan "famili" (sila lihat ordo naturalis).

Dalam zoologi, "famili" merupakan aras di antara susunan dan genus yang diperkenalkan oleh Pierre André Latreille dalam karyanya, Précis des caractères génériques des insectes, disposés dans un ordre naturel (1796). Beliau menggunakan "famili" (sebilangannya tidak mempunyai nama) dalam sebilangan dan bukan kesemua susunan "serangga"nya (yang termasuk semua artropod. Bagaimanapun, sejak permulaan abad ke-20, istilah ini telah digunakan dengan tekal dalam erti modern. Penggunaan dan akhiran nama untuk kategori ini ditakrif dalam Kod Tatanama Botani Antarabangsa dan Kod Tatanama Zoologi Antarabangsa.

Lihat juga sunting