Sir William Crookes, OM, FRS (17 Jun 1832 - 4 April 1919) merupakan seorang ahli kimia dan fizik British yang pernah menuntut di Kolej Kimia Diraja, London, dan bekerja dalam bidang spektroskopi. Beliau merupakan perintis tiub vakum dan telah mencipta tiub Crookes. Crookes merupakan pencipta radiometer Crookes yang kini dihasilkan dan dijual sebagai barang novelti.

Sir William Crookes
Kelahiran(1832-06-17)17 Jun 1832
London, England
Meninggal dunia4 April 1919(1919-04-04) (umur 86)
London, England
WarganegaraBritish
Terkenal keranaTalium
AnugerahPingat Elliott Cresson (1912)
Kerjaya saintifik
BidangKimia fizikal
Dipengaruhi olehJ. K. F. Zöllner

Biografi sunting

Crookes telah bekerja sebagai ahli meteorologi dan pensyarah di pelbagai tempat. Crookes telah bekerja dalam kedua-dua bidang kimia dan fizik. Ciri utama hasil kerjanya adalah keaslian konsep uji kajinya, dan kemahiran beliau dalam pelaksanaannya. Keluasan minatnya, daripada sains tulen dan gunaan, masalah ekonomi dan praktikal, hingga ke kajian psikik, menjadikannya personaliti yang terkenal, dan beliau telah menerima pelbagai kepujian dalam kalangan umum dan akademik.

Tahun-tahun awal sunting

William Crookes telah dilahirkan di London. Beliau merupakan anak sulung daripada 16 orang adik beradik. Bapanya Joseph Crookes merupakan seorang tukang jahit dari utara yang tinggal dengan isteri keduanya, Mary Scott.

Dari 1850 hingga 1854, beliau menjadi pembantu di Kolej Kimia Diraja, dan kemudiannya mengusahakan kajian aslinya, bukan dalam kimia organik yang mungkin boleh didorong oleh guru beliau, August Wilhelm von Hoffman, tetapi dalam sebatian-sebatian baru selenium. Ini menjadi tajuk kertas-kertas kerja pertamanya yang diterbitkan pada 1851. Beliau bekerja dalam satu jabatan di Balai Cerap Radcliffe di Oxford pada tahun 1854, dan pada 1855 beliau dilantik sebagai pensyarah kimia di Kolej Latihan Diocesan Chester. Pada tahun 1856, beliau mengahwini Ellen, anak kepada William Humphrey dari Darlington dan kemudian mempunyai tiga orang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Beliau berkahwin dan tinggal di London, dan banyak mengusahakan kajian sendiri. Pada 1859, beliau mengasaskan Chemical News, majalah sains yang disuntingnya selama bertahun-tahun dan menggunakan bahasa yang kurang formal berbanding jurnal-jurnal biasa pertubuhan saintifik.

Tahun-tahun pertengahan sunting

Pada 1861, Crookes telah menemui unsur yang sebelum itu tidak diketahui yang mempunyai garis pancaran hijau terang dalam spektrumnya dan menamakan unsur ini thallium, daripada perkataan Yunani thallos, pucuk hijau.