Khimaira

Khimaira (Yunani: Χίμαιρα, rumi: Khímaira "kambing betina";[1] Latin: Chimaera, bahasa Inggeris: Chimera) adalah makhluk legenda yang dipercayai wujud oleh masyarakat Yunani Purba[2] berupa gabungan beberapa bahagian haiwan yakni badan kambing, kepala singa dan berekor ular.[3] Makhluk ini dikatakan mampu menyemburkan api dari muncung dan mulutnya.[4] Makhluk ini dikatakan kononnya kelahiran dari Tifon dan Ekhidna dan bersaudara dengan beberapa raksasa dalam legenda, seperti anjing Kerberos dan Hidra dari tasik Lernai; ia juga dikatakan ibu kepada Sfinks.[3]

Gambaran makhluk Khimaira dalam tembikar zaman Yunani Kuno.

RujukanSunting

  1. ^ Graves, Robert (2017). The Greek Myths - The Complete and Definitive Edition. Penguin Books Limited. m/s. 11. ISBN 9780241983386.
  2. ^ Becchio, Bruno; Schadé, Johannes P. (2006). Encyclopedia of World Religions (dalam bahasa Inggeris). Foreign Media Group. ISBN 9781601360007. Dicapai pada 27 April 2019.
  3. ^ a b Peck, Harry Thurston (1898). "Chimaera". Harpers Dictionary of Classical Antiquities – melalui Perseus Library.
  4. ^ Cirlot, J.E (2001). A Dictionary of Symbols: Second Edition. London: Routledge. m/s. 46. ISBN 0-203-13375-7.