Kiosk (daripada Turki köşk, daripada Parsi kūshk) merujuk pada satu wakaf taman, kecil berasingan, yang terbuka pada semua atau sebahagian sisinya. Kiosk biasa terdapat di Persia, Benua India, dan di Empayar Uthmaniyyah sejak kurun ke-13 dan seterusnya. Hari ini, terdapat banyak kiosk di dalam dan sekitar Istana Topkapı di Istanbul, dan ia masih mudah dilihat di negara-negara Balkan.

Kiosk Akhir Art Nouveau (1923) di Las Palmas de Gran Canaria.
Air pancut Jerman di Hippodrome di Istanbul

Perkataan ini kini digunakan untuk gerai kecil yang menawarkan barangan dan perkhidmatan dan bagi terminal komputer berdiri bebas.

Kedai-kedai kecil sunting

 
Gerai akhbar di Rosemont–La Petite-Patrie, Montreal, 1943.
 
Kiosk vending moden di stesyen kereta api di Hyogo, Japan.

Di hemisfera Barat dan di negara-negara berbahasa Inggeris, kiosk juga merujuk pada sebuah pondok dengan tingkap terbuka di satu sisi. Beberapa vendor beroperasi dari kiosk (lihat kiosk pasaraya), menjual barangan kecil, murah untuk digunapakai seperti surat khabar, majalah, pemetik api, peta jalan, rokok, umpan hidup dan beku dan roti konfeksi.

Kiosk maklumat (atau pondok maklumat) memberikan maklumat dalam bentuk peta, risalah, dan bahan bacaan yang lain, dan / atau nasihat yang diberikan oleh penjaga.


Rujukan sunting

  • Halsband, R. (1965 edn.), 'The complete letters of Lady Mary Wortley Montagu', Clarendon Press, Oxford.