Rajah menunjukkan kemajuan kitaran haid dan hormon yang berbeza yang menyumbang kepadanya.
Anatomi perempuan

Kitaran haid ialah tanda bermulanya kitar haid bagi setiap perempuan. Perempuan akan mula mengalami haid apabila mencapai akil baligh. Haid ialah peluluhan lapisan dinding uterus dan darah yang mengalir melalui faraj. Kitar haid pula merujuk kepada satu siri perubahan yang berlaku pada dinding uterus dan ovari. Kitar haid juga melibatkan pembentukan dan pembebasan telur yang matang.[1] Perempuan normal mengalami kitar haid kira-kira 28 hari dan berbeza-beza mengikut individu.

Antara faktor yang mempengaruhi kitar haid ialah seperti pengambilan nutrien, perubahan berat badan secara mendadak, perubahan emosi dan tekanan mental.

Fasa-fasa kitar haidSunting

Fasa haidSunting

Hari 1 hingga 5Sunting

Lapisan dinding uterus, salur darah dan ovum yang tidak tersenyawa dan disingkirkan apabila haid bermula. Lapisan uterus akan terurai dan mengalir keluar.

Fasa pemulihanSunting

Hari 6 hingga 11Sunting

Dinding uterus mula dibina semula dan semakin menebal. Salur darah pada dinding uterus akan terbentuk dan bersedia untuk menerima sel yang telah disenyawakan.

Fasa suburSunting

Hari 12 hingga 17Sunting

Ovum dibebaskan dari ovari pada hari ke-14 kitar haid. Dinding uterus dan salur darah terus berkembang. Jika ada sperma, persenyawaan mungkin berlaku.

Fasa prahaidSunting

Hari 18 hingga 28Sunting

Dinding uterus terus menebal dan kaya dengan salur darah. Juka berlaku persenyawaan, embrio akan terjadi di dinding uterus. Kitar haid akan berulang semula sekiranya persenyawaan tidak berlaku.[2]

Cara menguruskan kebersihan diriSunting

Penjagaan kebersihan diri amat penting semasa mengalami kitaran haid untuk memastikan sistem pembiakan tidak dijangkiti oleh mikroorganisma seperti bakteria, virus dan kulat.

  1. Semasa haid, perempuan perlu sentiasa menukar tuala wanita 3-4 kali sehari untuk menghindari jangkitan bakteria dan virus yang dapat menyebabkan jangkitan pundi kencing atau dikenali sebagai UTI.[3]
  2. Wanita haid digalakkan mandi dengan kerap untuk membersihkan tubuh badan.

Kitar haid yang tidak stabilSunting

Kitar haid yang tidak stabil merujuk kepada seseorang wanita itu tidak mengalami haid pada setiap bulan, kitar haid yang terlalu panjang atau terlalu pendek dan fasa haid yang melebihi 15 hari.[4] Masalah ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti pertambahan berat badan, masalah hormon, gangguan emosi, senaman yang berlebihan dan juga disebabkan oleh ketumbuhan di dalam rahim.[5]

Lihat jugaSunting

RujukanSunting