Klitih (Jawa: ꦏ꧀ꦭꦶꦛꦶꦃ, translit. klithih) merupakan satu fenomena gengsterisme yang berlaku di Daerah Istimewa Yogyakarta dan sekitarnya (terutamanya Klaten dan Magelang[1][2]). Umumnya, penjenayah klitih ialah pelajar remaja.[3] Pada umumnya, pesalah klitih akan mengincar mangsa yang merupakan pelajar sekolah menengah atau ahli geng pesaing di daerah yang dianggap sepi, kemudian membuli mangsa secara fizikal. Kadangkala, penjenayah juga mencuri atau merompak barangan mangsa.[1] Terdapat beberapa kes mangsa klitih yang meninggal dunia akibat kecederaan fizikal parah.[4]

Takrifan sunting

Isitilah klitih berasal dari bahasa Jawa, yang bermaksud aktiviti berkeliling keluar rumah tanpa tujuan yang jelas untuk mengisi masa luang.[5] Menurut ahli sosiologi Universiti Gadjah Mada, Arie Sujito, makna asli istilah klitih ialah kegiatan keluar rumah di malam hari untuk menghilangkan kepenatan. Berdasarkannya, “klitih dulu sebetulnya hanyalah aktiviti orang keluar malam mencari kegiatan untuk mengatasi kepenatan.”[6] Sementara istilah nglitih digunakan untuk menggambarkan kegiatan jalan-jalan santai.[7] Akan tetapi, makna klitih kemudian mengalami perubahan makna dan menjadi seiras dengan perlakuan keganasan dengan senjata tajam.

Perkembangan kes sunting

Pada awalnya, klitih hanyalah berupa kegiatan membuli antara geng-geng sekolah yang berlaku di kawasan Daerah Istimewa Yogyakarta dan sekitarnya. Namun, semakin lama, klitih berkembang menjadi kegiatan rompakan yang dilakukan oleh sekelompok geng, dan sasaran mangsa berkembang daripada geng musuh menjadi masyarakat awam.[1][4] Secara umumumum, klitih dilakukan di tempat sepi dan berlaku pada malam hari.[8]

Kes klitih pada asasnya merupakan fenomena anak muda di Yogyakarta yang ingin mencari jati diri atau pengakuan terutamanya dari persekitaran persahabatan mereka.[9] Untuk membuktikan itu, kadangkala mereka memerlukan barang bukti berupa barang milik geng pesaing atau sekurang-kurangnya menyerang geng pesaing.[9]

Faktor politik sunting

Selain itu, Daerah Istimewa Yogyakarta dan sekitarnya merupakan daerah yang merupakan pusat persaingan politik yang penting di Indonesia, terutamanya oleh aliran politik nasionalis dan proagama. Budaya keganasan yang dilakukan oleh pelajar Yogyakarta sudah terdapat sejak era 1980-an dan 1990-an. Keganasan yang dilakukan pelajar pada masa itu dilakukan oleh dua geng utama iaitu QZRUH dan JOXZIN.[7][10]

QZRUH ialah akronim bagi "Q-ta Zuka Ribut Untuk Tawuran (atau Hiburan)". QZRUH memiliki wilayah pengaruh di utara Yogyakarta, terutamanya di kawasan Terban dan sekitar Jalan Magelang. Sementara JOXZIN merupakan singkatan dari Joxo Zinthing, Pojox Benzin atau Jogja Zindikat. Geng ini berpengaruh di kawasan Jalan Malioboro sehingga selatan Yogyakarta.[7][10] QZRUH sendiri dalam sejarahnya sentiasa didukung oleh kumpulan politik beraliran nasionalis (dahulunya dikaitkan dengan penyokong PDI atau Golkar) manakala JOXZIN sendiri didukung oleh kumpulan politik proagama (dahulunya dikaitkan dengan penyokong PPP). Tidak jarang pula, kedua-dua kumpulan ini bersekutu dengan beberapa geng sekolah yang terdapat di kawasan kekuasaan mereka.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c "2 Pelaku Klitih di Magelang Berhasil Ditangkap, Korban Dibacok dan Dirampas HP-nya". Tribun Jogja (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2019-06-30.
  2. ^ "Modus Klitih Mertoyudan : Tanya Alamat Kemudian Tebaskan Golok". BorobudurNews (dalam bahasa Indonesia). 2019-06-28. Dicapai pada 2019-06-30.
  3. ^ "Mengenal Apa Itu Klitih, Fenomena Kekerasan Jalanan yang Marak Terjadi di Yogyakarta". liputan6.com (dalam bahasa Indonesia). 2022-04-05. Dicapai pada 2022-04-07.
  4. ^ a b "Klitih, Kenakalan Remaja yang Terkadang Berujung Maut". tirto.id (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2019-06-30.
  5. ^ "Mengenal Apa Itu Klitih, Fenomena Kekerasan Jalanan yang Marak Terjadi di Yogyakarta". liputan6.com (dalam bahasa Indonesia). 2022-04-05. Dicapai pada 2022-04-07.
  6. ^ Tashandra, Nabila (2022-04-05). "Apa Itu Klitih di Yogyakarta? Berikut Asal-usulnya". KOMPAS.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2022-04-06.
  7. ^ a b c "Sejarah Klitih di Yogyakarta". kumparan (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2019-06-30.
  8. ^ "Viral di Medsos, Pelaku Klitih Dihadang Warga". krjogja.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-06-30.
  9. ^ a b "Klitih dan Status Jagoan Remaja di Yogyakarta". kumparan (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2019-06-30.
  10. ^ a b "QZRUH dan JOXZIN Dua Gank Legendaris Jogja, Siapa Mereka?". krjogja.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-07-01.