Kobe Jae Chong

pemain bola sepak Malaysia

Kobe Jae Chong (lahir 28 Jun 2001) merupakan seorang pemain bola sepak profesional yang bermain sebagai pemain tengah untuk kelab Kettering Town dalam Liga Bola Sepak Selatan England.

Kobe Chong
Maklumat peribadi
Nama penuh Kobe Jae Chong
Tarikh lahir (2001-06-28) 28 Jun 2001 (umur 22)
Tempat lahir Birmingham, England
Ketinggian 6 ft 0 in (1.83 m)
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Kettering Town
Kerjaya remaja
2010-2012 West Bromwich Albion
2014-2016 Kidderminster Harriers
2016-2018 Cagliari Calcio U17
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2018-2019 Solihull Moors U19
2019-2020 Solihull United 14 (2)
2019 Banbury United 5 (0)
2019-2020 Redditch United 4 (0)
2020 Highgate United 2 (0)
2020-2021 Sutton Coldfield Town 10 (0)
2021-2022 Peterborough United 2 (2)
2022-2023 AFC Telford United 14 (1)
2023 Nuneaton Borough 3 (0)
2023 Alvechurch 11 (3)
2023-2024 Barwell 16 (6)
2024- King's Lynn Town 0 (0)
2024- Kettering Town (pinjaman) 2 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Awal kehidupan sunting

Chong dilahirkan di Birmingham, Inggeris. Bapa beliau, James Chong,[1] merupakan warga Malaysia, manakala ibunya merupakan warga Jamaica.[2] Bakat bola sepak beliau telah diasah sejak kecil oleh bapanya, yang merupakan bekas pemain bola keranjang profesional bagi pasukan Birmingham Bullets. Beliau dibawa ke Strike Soccer Schools pada usia dua tahun sebelum menyertai Brazilian Futsal Camps pada umur enam.[3]

Pada usia 9 tahun, Chong menyertai akademi West Bromwich Albion tanpa melalui sesi pemilihan. Dua tahun kemudian, Chong dan bapanya pergi ke Portugal untuk hadiri sesi pemilihan selama dua minggu di Sporting Lisbon. Chong gagal pemilihan tersebut dan kembali ke West Brom. Malangnya, beliau diberitahu oleh kelab bahawa beliau dilepaskan oleh akademi West Brom, berikutan ketiadaannya selama dua minggu tanpa surat tunjuk sebab. Setelah situasi malang tersebut, Chong bermain untuk Kidderminster Harriers dalam Liga Perdana Junior (JPL). Beliau sekali lagi dijemput untuk Portugal untuk menghadiri sesi permilihan bersama dengan Sporting Lisbon, tetapi sekali lagi tidak berjaya dan akhirnya kembali ke UK.[3]

Kerjaya kelab sunting

Awal kerjaya sunting

Selepas semusim bersama Kidderminster, bakat Chong sekali lagi disedari oleh kelab luar negara, kali ini oleh pasukan Cagliari dari Itali di mana beliau akan menetap di kelab tersebut selama 3 tahun.[4] Beliau telah dijemput untuk menyertai sebuah kejohanan dan dilatih oleh bekas pemain Inter Milan, David Suazo. Chong bermain bersama Cagliari selama tiga tahun, mewakili pasukan u16 dan u17.[3] Beliau membuat debut beliau bersama Cagliari dalam perlawanan yang berakhir dengan kemenangan 5-1 menentang Akademi Lazio, di mana beliau bermain selama 32 minit.[5] Beliau mendapati kehidupan di Itali sukar dan kembali ke England pada usia 18 tahun, tanpa kelibat ejen.[3]

Kobe Chong menyertai kursus bola sepak sepenuh masa Solihull selama setahun, sebelum memutuskan untuk menghadiri Non-league Gems Showcase Event. Hasilnya, beliau ditawarkan untuk menyertai sesi pemilihan bersama Middlesbrough, Huddersfield dan Brentford. Brentford menawarkan kontrak kepada Chong, namun perjanjian itu ditarik balik pada saat-saat akhir.

Banbury

Chong menyertai pasukan non-league Banbury pada 1 Oktober 2019.

Redditch United

Chong berpindah ke Southern League Premier Division (divisyen ke-7)Pasukan Redditch United pada 7 december 2019.[6][7]

Highgate United

Chong telah menandatangani kontrak dengan Midland Premier Division pasukan Highgate United pada tahun 2020.[8]

Sutton Coldfield

Chong menandatangani kontrak di Northern Premier League Division One pasukan Sutton Coldfield Town pada 5 November 2020.[9]

Peterborough United

Chong menandatangani kontrak profesional pertamanya untuk pasukan EFL Championship, Peterborough United pada 18 Ogos 2021 selepas dia bermain dalam sesi pemilihan mereka di mana beliau menjaringkan dua gol dalam kemenangan 3-2 ke atas Spalding United.[10][11] [12]

Telford United

Pada 12 Julai 2022, Chong menandatangani kontrak di National League North bersama Telford United selama 1 tahun.

Nuneaton Borough

Pada 11 Februari 2023, Chong menandatangani kontrak bersama Nuneaton Borough.

Alvechurch

Pada 15 Julai 2023, Chong menandatangani kontrak bersama Alvechuroh.

Barwell

Pada 10 November 2023, Chong menandatangani kontrak bersama pasukan Barwell.

King's Lynn Town

Pada 15 Februari 2024, Chong menandatangani kontrak dengan pasukan King's Lyan Town.[13]

Kettering Town (Pinjaman)

Pada 15 Februari 2024, Chong akan terus dipinjamkan ke Kettering Town untuk baki musim ini.[14]

Kerjaya antarabangsa sunting

Chong layak untuk mewakili England, Jamaica dan Malaysia di peringkat antarabangsa. Walaubagaimanapun, beliau telah menyatakan minatnya untuk mewakili Malaysia.[15] Beliau pernah dipanggil untuk berlatih bersama skuad B-19 kebangsaan Malaysia, namun rancangan itu terganggu akibat pandemik COVID-19.[16] Persatuan Bola Sepak Malaysia menyatakan bahawa mereka sedang memerhatikan perkembangan Chong dan "kemungkinan akan memanggilnya pada masa hadapan berdasarkan prestasi semasa".[17]

Gaya permainan sunting

Pengurus akademi Peterborough United, Kieran Scarff, menyifatkan Chong sebagai pemain tengah yang "boleh naik ke atas dan menjaringkan gol". [10]

Rujukan sunting

  1. ^ https://twitter.com/kizomba_shaolin
  2. ^ sullensays, Jake (2018-06-15). "Kobe Jae Chong: The Birmingham lad mixing it with Italy's best youngsters". English Players Abroad (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-12-21.
  3. ^ a b c d Preece, Ashley (2020-05-01). "The Albion academy star who went AWOL to join Sporting Lisbon". BirminghamLive (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-12-25. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama ":4" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  4. ^ https://www.pitchero.com/clubs/nuneatonboroughfc/news/chong-chooses-boro-2760399.html
  5. ^ Chong, Kobe. "All Kobe Jae Chong's games and results | BeSoccer". www.besoccer.com (dalam bahasa Inggeris). Besoccer. Dicapai pada 24 February 2022.
  6. ^ Chong, Kobe. "StackPath". www.banburyunitedfc.co.uk. Banbury. Dicapai pada 24 February 2022.
  7. ^ Chong, Kobe (25 August 2021). "Peterborough United recruit young star Kobe Jae Chong from non-league side". The 72 (dalam bahasa Inggeris). The 72. Dicapai pada 24 February 2022.
  8. ^ "Saturday's transfer list - October 31st - The Pitching In Northern Premier League". www.thenpl.co.uk (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-04-15.
  9. ^ "StackPath". www.sctfc.com. Dicapai pada 2021-12-23.
  10. ^ a b "Posh Make Addition To Under 23s Group With Arrival Of Chong | Peterborough United - POSH". www.theposh.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-12-23. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama ":3" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  11. ^ "Peterborough United recruit young star Kobe Jae Chong from non-league side". The 72 (dalam bahasa Inggeris). 2021-08-25. Dicapai pada 2021-12-23.
  12. ^ Chong, Kobe. "Posh Make Addition To Under 23s Group With Arrival Of Chong | Peterborough United - The Posh". www.theposh.com (dalam bahasa Inggeris). Peterborough United. Dicapai pada 24 February 2022.
  13. ^ White, James (2024-02-15). "Linnets secure Chong signing!". King's Lynn Town FC (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-02-15.
  14. ^ KTFC (2024-02-15). "Kobe joins KTFC". Kettering Town Football Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-02-15.
  15. ^ Kobe Jae Chong 'The next thing you know, you're in the squad against Juventus!' (dalam bahasa Inggeris), dicapai pada 2021-12-21. Minute 10:08.
  16. ^ Msar, Syazwan (2021-11-09). "Saya sudah bersedia - Kobe". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-12-23.
  17. ^ Msar, Syazwan (2021-01-20). "Kobe mungkin diserapkan dalam skuad B-19". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-12-23.

Pautan luar sunting

https://www.vocketfc.com/kobe-chong-intai-peluang-beraksi-bersama-harimau-malaya/&usg=AOvVaw1owcM5vQcRNm2irbs49pwp

https://www.birminghammail.co.uk/sport/football/football-news/amazing-story-west-brom-academy-18187990.amp

https://www.transfermarkt.co.uk/kobe-jae-chong/profil/spieler/535749

https://englishplayersabroad.com/tag/kobe-jae-chong/

https://www.htafc.com/matches/fixtures/u23-team/201920/july/-vs-huddersfield-town-on-25-jul-19/

https://www.examinerlive.co.uk/sport/football/news/leeds-united-huddersfield-town-goalkeeper-16649036

https://www.youtube.com/watch?v=RVToI0l5iP8

https://www.youtube.com/watch?v=iSWSoyFfyaA

https://twitter.com/harimau_abroad/status/1148050811655577601