Kokoni

baka anjing dari Greece

Kokoni[a] atau anjing bela jinak kecil Yunani[b] ialah satu baka anjing bela jinak kecil dari Greece, yang baru-baru ini diasaskan sebagai baka terpiawai.[1] Ternakan asasi, iaitu baka tempatan umum anjing kecil di rantau itu, terdapat secara meluas di seluruh negara.

Kokoni
Seekor kokoni berwarna krim
Nama lainAnjing bela jinak kecil Yunani
Nama ringkasHoudini
Negara asalGreece
Trait
Berat 4–8 kg (8.8–17.6 lb)
Bulu Lurus, sedikit beralun, atau beralun
Warna Semua warna dan corak
Saiz perinduk 3–7 ekor
Jangka hayat 13–20 tahun
Anjing (Canis lupus familiaris)

Pengiktirafan baka sunting

Baka terpiawai bernama kokoni telah dikembangkan daripada anjing baka tempatan di Greece dan diiktiraf secara rasmi sebagai baka oleh Kelab Kenel Greece pada tahun 2004. Perincian di bawah berkaitan dengan baka ini. Ia belum diiktiraf oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa (pejabat pendaftaran baka antarabangsa utama untuk anjing).

Penampilan sunting

 
Seekor anjing bela jinak kecil Yunani triwarna
 
Lapis bulunya mungkin sedikit beralun.

Baka anjing ini dianggap bersaiz kecil hingga sederhana seberat hampir-hampir 4–8 kilogram (8.8–17.6 lb) dan dengan purata ketinggian sekitar 29 sentimeter (11 in). Ia mempunyai telinga labuh, muncung pendek, dan tubuh panjang, dengan ekor panjang dan melengkung. Baka ini terdapat dengan pelbagai warna dan gabungan warna.

Perangai sunting

Kokoni mempunyai salakan lantang dan kuat untuk saiznya walaupun tidak banyak menyalak. Kokoni dikatakan mempunyai perangai sekata dan pembawaan lemah lembut, serta cergas, ceria, peramah, dan pada umumnya tidak agresif atau pemalu. Dakwaan tingkah laku lain merupakan bahawa ia suka berteman, walaupun pada mulanya mungkin bersikap menyendiri terhadap orang asing. Pembiak baka mendakwa bahawa ia cerdas, mudah terlatih, dan sangat setia kepada pembelanya dan kuat melindungi pembelanya. Baka kokoni telah diketahui kerap mengambil masa untuk menentukan "orang"-nya untuk jangka panjang. Ia mungkin mencuba untuk melarikan diri.

Kesihatan sunting

Baka ini mempunyai kelanjutan usia baik dan hidup ssehingga usia lewat belasan tahun. Isu kesihatan besar tidak diketahui; memandangkan pengasasan baka ini baru-baru ini, masa panjang mungkin perlu berlalu untuk menyiasat kesihatan secara mendalam.

Lihat juga sunting

Catatan sunting

  1. ^ Jawi: کوکوني; Yunani: κοκόνι, rumi: kokóni
  2. ^ Jawi: انجيڠ بلا جينق کچيل يوناني; bahasa Inggeris: small Greek domestic dog

Rujukan sunting

  1. ^ "The 6 dog breeds with ancient Greek roots". Greek City Times (dalam bahasa Inggeris). 4 September 2023. Dicapai pada 29 Mac 2024.

Pautan luar sunting