Kolej Universiti Agrosains Malaysia

(Dilencongkan dari Kolej Risda)

Kolej Universiti Agrosains Malaysia (bahasa Inggeris: University College of Agroscience Malaysia atau UCAM; dahulunya dikenali sebagai Kolej RISDA) merupakan sebuah IPTS yang ditubuhkan pada 08 Januari 1999 di bawah Akta Institusi Pengajian Tinggi Swasta 1996. UCAM merupakan sebuah Syarikat Milikan RISDA di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB). Bentuk proto Kolej RISDA adalah Institut Latihan RISDA, yang telah dinaiktarafkan sebagai Kolej RISDA.

Kolej Universiti Agrosains Malaysia
University College of Agroscience Malaysia (UCAM)
Nama lama
Kolej RISDA
JenisUniversiti / Kolej Universiti
Ditubuhkan pada8 Januari 1999; 25 tahun yang lalu (1999-01-08)
Staf akademik
Fakulti Agrosains

Fakulti Pengurusan Perniagaan

Fakulti Sains Sosial dan Teknologi Maklumat
Lokasi,
PenggabunganRISDA
Laman sesawanghttp://www.ucam.edu.my

Matlamat penubuhan Kolej RISDA adalah supaya anak-anak pekebun kecil di luar bandar turut berpeluang menerima pendidikan tinggi, sekiranya mereka tidak diterima masuk ke IPTA. Pada tahun 2006, Kolej RISDA telah menawarkan program pengajian akademik di peringkat sijil dan juga diploma.

Kolej RISDA telah dinaiktaraf menjadi sebuah kolej universiti yang dikenali sebagai Kolej Universiti Agrosains Malaysia pada 08 Disember 2014.[1][2][3]

Fakulti

sunting

Kolej Universiti Agrosains Malaysia merupakan Institut Pengajian Tinggi yang menawarkan program pengajian tinggi dalam bidang pertanian dan perladangan di peringkat Master, Ijazah Sarjana Muda dan Diploma. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah seperti Sains Pertanian, Pengurusan Ladang, Pengurusan Landskap, Pengeluaran Ternakan, Perniagaantani, Perkaunan, Keusahawanan, Pengurusan Perniagaan, Kewangan Islam, Rangkaian Komputer, E-Perniagaan, Komunikasi dan Pembangunan Luar Bandar.

Fakulti Agrosains

sunting
  • Bachelor of Agriculture Science (Hons.)
  • Bachelor of Landcape Management (Hons.)
  • Diploma Sains Pertanian
  • Diploma Pengurusan Ladang
  • Diploma Pengeluaran Ternakan
  • Diploma Pengurusan Landskap
  • Asasi Sains

Fakulti Pengurusan Perniagaan

sunting
  • Master of Business Administration
  • Bachelor of Business Administration (Agriculture Management) (Hons.)
  • Bachelor of Accountancy (Hons.)
  • Diploma Perniagaantani
  • Diploma Pengurusan Perniagaan
  • Diploma Perakaunan
  • Diploma Kewangan Islam
  • Diploma Keusahawanan
  • Asasi Pengurusan Perniagaan

Fakulti Sains Sosial dan Teknologi Maklumat

sunting
  • Diploma Pembangunan Luar Bandar
  • Diploma in English for Communication
  • Diploma Sains Komputer (Rangkaian)
  • Diploma E-Perniagaan

Matlamat

sunting
  • Menjadi Institusi Pembelajaran yang unggul bagi melahirkan modal insan yang berilmu, berkualiti dan kompeten.
  • Menawarkan program pengajian mengikut kehendak pasaran.
  • Menjalankan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang pertanian dan bidang lain yang berkaitan.
  • Memberi khidmat kepada masyarakat melalui penglibatan dalam aktiviti profesional yang relevan.

Rujukan

sunting
  1. ^ "UCAM sasar bertaraf universiti penuh dalam 5 tahun". Utusan Malaysia. 7 Mac 2016. Dicapai pada 19 Febuari 2018. Check date values in: |access-date= (bantuan)
  2. ^ "UCAM komited lahir graduan proaktif". Utusan Malaysia. 20 Mei 2017. Dicapai pada 19 Febuari 2018. Check date values in: |access-date= (bantuan)
  3. ^ Badrul Hafizan Md Isa (24 November 2016). "UCAM lahirkan graduan berkualiti". Utusan Malaysia. Dicapai pada 19 Febuari 2018. Check date values in: |access-date= (bantuan)

Pautan luar

sunting