Kolej Vokasional Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah

Kolej Vokasional Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah atau nama ringkasnya KVSHAS Kuala Lipis, merupakan sebuah Sekolah menengah tinggi yang terletak di KM 13, Jalan Lipis Benta,27200,Kuala Lipis Pahang.

Kolej Vokasional Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah
Alamat
KM 13,Jalan Lipis Benta,27200,Kuala Lipis,Pahang
[Pahang Darul Makmur
 Malaysia
Maklumat
Nama lamaSekolah Menengah Vokasional Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah (-)
Jenis sekolahSekolah Kerajaan Kolej Vokasional
Moto"Teknokrat Bermula di Sini"
Autoriti pendidikanPPD Kuala Lipis
Nombor sekolah6093227955
Kod sekolahCHA3002
PengetuaEn Osman bin Muhamad
Faks6093227389
Laman sesawang

Pada 2009, Sekolah Menengah Teknik Sultan Haji Ahmad Shah memiliki 205 pelajar lelaki dan 57 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 262 orang. Ia mempunyai seramai 94 orang guru.2009

Sejarah sunting

Kolej Vokasional Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah,Kuala Lipis (KV SHAS) pada asalnya merupakan Sekolah Mengegah Vokasional Kuala Lipis (SMV).SMV Merupakan salah sebuah sekolah pertukangan di Malaysia yang dibiayai oleh Bank Pembangunan Asia yang menelan belanja hampir RM30 juta di satu kawasan tapak seluas 12 hektar no. 1393, 1004 dan 1079 di KM 13 Jalan Lipis - Raub,Kuala Lipis,Pahang.

Pada 20 Oktober 1989,SMV Kuala Lipis telah ditukar namanya sempena nama Sultan Pahang Darul Makmur.Sejak penggal persekolahan pada tahun 1989,sekolah ini menggunakan nama Sekolah Menegah Vokasional Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah atau SMVSHAS Kuala Lipis.Mulai tahun ini juga aliran kemahiran iaitu Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) ditukar kepada Sistem Profil (SP)

Kemajuaan perkembangan sains dan teknologi di Malaysia telah membawa kesan positif kepada sekolah ini, pada tahun 1996, sekolah ini telah dinaik taraf ke Sekolah Menengah Teknik dengan nama Sekolah Menengah Teknik Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah Kuala Lipis, Pahang (SMTSHAS) dengan menawarkan tiga aliran pendidikan iaitu aliran teknik, aliran vokasional dan aliran profil (SP)-kemahiran.

Pada masa itu,berberapa buah bangunan sedang dalam pembinaan yang menelan belanja hampir RM 6 juta.Antara bangunan tersebut ialah 23 bilik darjah, asrama (lelaki dan perempuan), gelanggang permainan, dewan makan, makmal sains dan bilik komputer.

Seiring dengan perkembangan Revolusi Industri IR4.0,SMTSHAS dinaik taraf lagi menjadi Kolej Vokasional pada tahun 2013 dengan nama Kolej Vokasional Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah Kuala Lipis,Pahang (KVSHAS).

KVSHAS menawarkan pengajian diperingkat Sijil Vokosional Malaysia (SVM) dan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) bagi 7 program iaitu Teknologi Elektronik,Teknologi Elektrik,Teknologi Pembinaan,Teknologi Automotif,Teknologi Kimpalan,Teknologi Pemesinan Industri dan Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara.

Sumber:kvshaslipis.moe.edu.my

Pencapaian sunting

Visi Dan Misi sunting

Visi: Memperkasa Pendidikan Teknikal dan Vokasional melalui pelaksanaan program yang berkualiti

Misi:Peneraju Pendidikan Teknikal dan Vokasional Yang Unggul

Hala Tuju KVSHAS sunting

Matlamat Pendidikan sunting

Matlamat Program Diploma Teknologi ialah untuk membentuk Pembantu Jurutera/Juruteknik yang bersedia menyertai pasaran kerja,usahawan yang berdaya saing dan mampu melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Brand Business sunting

"Your Success Is Our Business"

Brand Values sunting

"Innovative and Reliable"

Motto sunting

Teknokrat Bermula di Sini

Budaya Kerja sunting
  • Budaya Belajar Sepanjang Hayat
  • Sudayah Sahsiah Cemerlang
  • Budaya Kerja Cemerlang
  • Budaya Berketerampilan
  • Budaya Kreatif Dan Inovatif

Alamat sunting

Sekolah Menengah Teknik Sultan Haji Ahmad Shah
Km 13, Jalan Lipis Benta,
27200, Kuala Lipis
Pahang,   Malaysia
Telefon = 6093227955
Fax = 6093227389

Pautan luar sunting