Dalam konteks kimia, koloid ialah suatu campuran di mana partikel-partikel mikroskopik sesuatu bahan itu terampai dan tidak larut dalam suatu bahan yang lainnya.

Partikel yang terampai ini berdiameter antara sekitar 1 dan 1000 nanometer,[1] di mana ia hanya boleh dilihat melalui mikroskop optik, namun ultramikroskop atau mikroskop elektron mungkin akan diperlukan untuk melihat partikel yang lebih kecil (yakni r < 250 nm).

RujukanSunting

  1. ^ Levine, Ira N. (2001). Physical Chemistry (ed. ke-5). Boston: McGraw-Hill. m/s. 955. ISBN 0-07-231808-2.