Konbif ialah suatu produk daging asin. Perkataan ini datang dari perkataan Inggeris "corned beef", yang datang daripada kaedah pengasinan menggunakan garam batu, yang dalam bahasa Inggeris dipanggil "corns of salt". Konbif digunakan dalam pelbagai jenis masakan.

Kebanyakan resipi mengandungi nitrat atau nitrit, yang menukarkan protein mioglobin daging kepada nitrosomioglobin, menghasilkan warna merah jambu pada daging. Nitrat dan nitrit mengurangkan risiko botulisme semasa pengasinan dengan membantutkan pertumbuhan spora Clostridium botulinum,[1] namun telah dikaitkan dengan risiko barah yang lebih tinggi.[2] Daging yang diasinkan dengan garam sahaja hanya mempunyai warna kelabu dan kadangkala digelar "New England corned beef". Kadangkala, gula dan rempah juga dimasukkan ke dalam resipi konbif.

Ia amat popular di zaman Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua, di mana daging segar dicatukan. Ia juga kekal popular di Kanada dalam pelbagai masakan.

References sunting

  1. ^ US Dept of Agriculture. "Clostridium botulinum" (PDF). Dicapai pada December 13, 2016.
  2. ^ "Ingested Nitrates and Nitrites, and Cyanobacterial Peptide Toxins". NCBI.NLM.NIH.gov. International Agency for Research on Cancer. Dicapai pada August 6, 2018.