Kowloon
Kowloon adalah sebuah kawssan bandar di Hong Kong yang terdiri dari Semenanjung Kowloon dan Kowloon Baru. Ia bersempadan dengan selat Lei Yue Mun di timur, Mei Foo Sun Chuen dan Pulau Stonecutters di barat, Tate's Cairn dan Lion Rock di utara, dan Pelabuhan Victoria di bahagian selatan. Kowloon mempunyai 2,019,533 penduduk dan kepadatan penduduk 43,033/km² pada tahun 2006. Kowloon terletak di utara Pulau Hong Kong dan selatan kawasan tanah besar Wilayah Baru. Kawasan semenanjungnya kira-kira 47 km² atau 18.1 batu persegi luas. Bergabung dengan Pulau Hong Kong, ia mempunyai 48% daripada jumlah penduduk Hong Kong.
Kowloon
九龍 | |
---|---|
Penduduk (2006) | |
• Jumlah | 2,019,533 |
• Kepadatan | 43,033/km2 (111,450/batu persegi) |
Zon waktu | UTC+8 (Waktu Hong Kong) |
Kowloon | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Tulisan Cina Tradisional | 九龍 | ||||||||
Maksud harfiah | Sembilan naga | ||||||||
|
Sejarah
suntingNama Kowloon berasal dari sembilan naga yang dilambangkan oleh lapan puncak dan seorang maharaja Cina: Puncak Kowloon, Tung Shan, Tate's Cairn, Bukit Tokong, Rabung Dada Ayam, Lion Rock, Bukit Kalam, Crow's Nest dan Maharaja Bing[1]
Bahagian Kowloon selatan di Boundary Street serta Pulau Stonecutters, diserahkan dinasti Qing China kepada United Kingdom di bawah Konvensyen Peking tahun 1860. Untuk bertahun-tahun lamanya kawasan tersebut kekal tidak dibangunkan, digunakan oleh British terutamanya untuk ekspedisi pemburuan harimau.
Bahagian Kowloon utara di Boundary Street (Kowloon Baru) telah dipajakkan oleh pihak British sebagai sebahagian daripada Wilayah Baru pada 1898 untuk 99 tahun. Dalam lingkungan Kowloon Batu adalah bandar raya Kowloon, yang merujuk sebuah kawasan, di mana Kota Tembok Kowloon pernah terletak. Kota Tembok Kowloon telah dirobohkan pada 1993. Kawasan yang sama pernah dipanggil 官富場 (Pinyin: Guanfuchang) sewaktu dinasti Song.
Walau bagaimanapun, dewasa ini Kowloon Baru tidak dianggap sebagai daripada sebahagian Wilayah Baru, sebaliknya sebahagian kawasan bandar Kowloon di kedua-dua belah Boundary Street. Bagi tujuan taksiran cukai, Kowloon Baru tidak dianggap sebahagian daripada Kowloon dan kekal sebagai "Wilayah Baru" seperti dalam akta-akta. Hartanah di Kowloon Baru tertakluk pada pembayaran pajak tanah seperti mereka di New Territories.
Pembangunan skal besar Kowloon bermula pada awal abad ke-20, dengan pembinaan Laluan Kereta Api Kowloon-Canton dan Dermaga Kowloon.
Oleh sebab Kowloon hampir dengan Lapangan Terbang Kai Tak, pembinaan bangunan dihadkan oleh ketinggian laluan penerbangan. Berbanding dengan Pulau Hong Kong, Kowloon menyebabkan dari segi seni bina; latar langit yang lebih rendah.[1] Selepas Perang Dunia Kedua, Kowloon menjadi teramat sesak dibanjiri perumahan setinggan yang diduduki orang pelarian dari penubuhan Republik Rakyat China, justeru diberi laluan kepada kawasan perumahan awam, yang bercampur dengan kawasan perumahan persendirian, komersial dan perindustrian.
Kowloon Barat pernah dijadikan pangkalan untuk limbungan untuk Tentera Laut Diraja dan kini digunakan untuk teduhan taufan. Ia boleh disampai melalui bot; dinamakan Star Ferry. Pada 1 Julai 1997, kedua-dua bahagian Kowloon dipindahkan kepada Republik Rakyat China bersama seluruh Hong Kong yang lain.
Pentadbiran
suntingKowloon terdiri daripada daerah-daerah berikut:
Politik
suntingKowloon meliputi dua kawasan pengundian Majlis Perundangan Hong Kong:
- Kowloon Timur termasuk Wong Tai Sin dan Kwun Tong
- Kowloon Barat termasuk Yau Tsim Mong, Sham Shui Po dan Kowloon City
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ a b Fallon, Steve. [2006] (2006) Hong Kong and Macau. Lonely Planet Publishing. ISBN 981-258-246-0
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Kowloon |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Kowloon |