Kriket Twenty20 Dunia 2007
(Dilencongkan dari Kriket 2020 Dunia 2007)
Kejohanan Kriket Twenty20 Dunia 2007 atau ICC World Twenty20 telah diadakan di Afrika Selatan dari 11 September 2007 - 24 September 2007 dan dimenangi oleh pasukan kriket kebangsaan India . India menewaskan Pakistan pada hari terakhir kejohanan ini.
2007 ICC World Twenty20 | |
Logo Kejohanan Kriket Dunia 2020 : 2007 | |
Penganjur | Majlis Kriket Antarabangsa |
Format kriket | Twenty20 Antarabangsa |
Format Kejohanan | Round robin dan Kalah mati |
Tuan rumah | Afrika Selatan |
Juara | India |
Bil Penyertaan | 12 (dari 16 penyertaan) |
Bil perlawanan | 27 |
Pemain terbaik | Shahid Afridi |
Larian terbanyak | Matthew Hayden (265) |
Wicket terbanyak | Umar Gul (13) |
Kejohanan 13 hari ini disertai oleh 10 negara terbaik dan tambahan negara Kenya dan Scotland yang menerima taraf kelayakan kelas pertama.
Kejohanan telah diadakan di 3 tempat iaitu :
- Newlands Cricket Ground, Cape Town
- Sahara Stadium Kingsmead, Durban
- Wanderers Stadium, Johannesburg