Krim (Jawi: كريم; berasal daripada perkataan Yunani chrisma "disapu") atau kepala susu (Jawi: كڤالا سوسو‎) merupakan produk tenusu yang terbentuk pada lapisan atas susu sebelum penghomogenan. Jika dibiarkan, lemak dalam susu yang belum dihomogenkan akan naik ke atas membentuk krim. Krim juga dikenali sebagai lemak susu atau lemak mentega yang merupakan bahagian lemak pada susu biasa. Susu skim merupakan susu yang tidak mengandungi sebarang krim atau lemak.

Krim dituangkan ke dalam secawan kopi.

Krim biasanya dijual mengikut gred berdasarkan kandungan lemak mentega di dalamnya. Krim boleh dikeringkan dalam bentuk serbuk untuk disimpan lama atau dieksport.

Antara produk tenusu yang diperbuat daripada krim ialah mentega, keju dan ais krim.

PeristilahanSunting

Istilah kepala susu mengikut perbandingan dengan kepala santan yang sama kental dan terapung di atas (atau "kepala") lapisan cecair asal;[1][2] ungkapan ini turut didapati dalam dialek tertentu seperti dialek Baba.[3]

RujukanSunting

  1. ^ Wilkinson, Richard James (1932). "kepala". A Malay-English dictionary (romanised). I. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 561 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
  2. ^ "kepala". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017. ... ~ santan santan (kelapa) yg pekat (diperoleh drpd perahan yg terawal); [...] ~ susu bahagian air susu yg kental (pekat)...
  3. ^ Gwee, William Thian Hock (2006). "kepala susu". Baba Malay Dictionary: The First Comprehensive Compendium of Straits Chinese Terms and Expressions. Tuttle Publishing. m/s. 105. ISBN 978-0-8048-3778-1.