Mentega (Jawi: منتيݢ) adalah produk tenusu dibuat daripada menggodak krim atau susu, sama ada segar atau yang ditapai. Mentega boleh digunakan sebagai sapuan dan perasa, selain dari penggunaan dalam masakan seperti membakar, membuat sos dan menggoreng. Mentega terdiri dari lemak mentega, air dan protein susu.

Mentega lazimnya dijual dalam bentuk batang (gambar) atau blok, dan kerap dihidangkan dengan menggunakan pisau mentega.

Bahan ini kerap dibuat daripada susu lembu, tetapi juga boleh dibuat dari mamalia lain seperti biri-biri, kambing, kerbau dan yak. Garam, perisa dan pengawet kadangkala ditambah pada mentega. Pengasingan pepejal mentega akan menghasilkan cecair mentega atau minyak sapi terdiri hampir keseluruhannya dari lemak mentega.

Mentega adalah emulsi yang kekal sebagai pepejal apabila disejukkan, tetapi masih boleh disapu pada suhu bilik, dan mencair kepada cecair nipis berkonsisten pada 32–35 °C (90–95 °F). Ketumpatan mentega ialah 911 kg/m3 (1535.5 lb/yd3).[1]

Mentega umumnya mempunyai warna kuning pucat, tetapi boleh berubah antara kuning tua hingga hampir putih. Warna mentega bergantung pada makanan haiwan dan ia lazimnya boleh diolah dengan pewarna makanan dalam proses pengeluaran komersil termasuk anato atau karotena.

PeristilahanSunting

Perkataan mentega meminjam dari Bahasa Portugis: manteiga.[2]

Istilah "mentega" juga digunakan dalam nama produk yang dibuat dari sebarang kacang atau kekeras yang dikisar lumat seperti mentega kacang mahupun lemak lain yang pejal pada suhu bilik seperti mentega koko dan mentega sayur. Namun dalam kegunaan umum, istilah "mentega" hampir sentiasa merujuk pada produk tenusu.

Lihat jugaSunting

NotaSunting

  1. ^ Elert, Glenn. "Density". The Physics Hypertextbook.
  2. ^ Dalgado, Sebastião Rodolfo (1936). Portuguese Vocables in Asiatic Languages. Diterjemahkan oleh Xavier Soares, Anthony (ed. bahasa Inggeris). Baroda: Oriental Institute. m/s. 217.

Pautan luarSunting

Buku resipi Wikibuku mempunyai resipi