Minyak sapi (Mal.,[1] Sin.) atau minyak samin (Ind.[2], bahasa Inggeris: ghee - Hindi घी, Urdu گھی, Punjabi ਘੋ, Kashmiri ग्याव/گیاو - daripada Sanskrit: घृत ghṛtə "terenjis") dikelaskan sebagai lemak daripada susu lembu (atau "sapi") yang bersifat lebih jernih atau cair. Minyak sapi dipercayai bermula dibuat di India, yang digunakan sebagai bahan tambahan makanan atau bahan perisa makanan untuk masakan orang India dan juga orang Mesir.

Minyak sapi
Nilai pemakanan per 100 g (3.5 oz)
Tenaga 3,690 kJ (880 kcal)
Lemak 99.8 g
- tepu 64.9 g
Protein 0.2g
Kalium 6.5 mg (0%)
Peratusan dianggarkan
menggunakan syor A.S. untuk orang dewasa.

Minyak sapi dibuat daripada mentega tanpa garam yang direneh yang diletakkan dalam periuk sehingga kesemua air telah habis dididih dan sehingga protein mendap atau mendak ke bawah. Kemudian, cecair lemak susu dicedok perlahan-lahan tanpa menggangu mendakan susu yang berada di bawah. Tidak seperti mentega, minyak sapi mampu bertahan lama dalam simpanan walaupun tidak diletakkan di dalam peti sejuk. Namun, ia perlu diletakkan dalam simpanan yang kedap udara bagi mengelakkan daripada pengoksidaan dan supaya dapat dikekalkan kelembapannya.

Peristilahan sunting

"Minyak sapi" merupakan istilah lazim dipakai di Malaysia (melalui Bahasa Malaysia) dan Singapura - "sapi" di sini merujuk kepada suatu jenis lembu,[3]:maksud I khususnya spesies Bos indicus,[4] namun bahasa baku dipakai Indonesia lebih menggunakan nama "sapi" untuk haiwan lembu secara umumnya[5] - Indonesia lebih menggunakan "minyak samin"[2]:samin yang datang daripada perkataan bahasa Arab سمنsamn yang bermaksud "lemak".

Ciri-ciri sunting

Minyak sapi perlu disediakan atau dihasilkan pada suhu bilik dan dijadikan sehingga separa cair atau cecair. Minyak sapi yang dianggap bermutu baik tampak berwarna kuning keemasan. Penyediaan minyak sapi mungkin boleh berlarutan dari sependek satu tahun hingga selama diingini mendapat mutu yang dikehendaki iaitu melalui proses pengasingan air dan susu pejal (atau pepejal susu) sehingga warna seperti putih telur terhasil bagi bertujuan untuk proses membenarkan kulat atau mikrob untuk membiak pada kadar sederhana.

Minyak sapi mempunyai takat asap sangat tinggi dalam julat suhu 190-250°C, maka minyak ini selamat digunakan tanpa menghilang warna dan tanpa menimbulkan rasa hangit atau hangus pada masakan di mana ia juga sesuai dijadikan bahan menggoreng.

Proses penyedian sunting

Pepejal susu atau susu beku akan dibentukkan seperti mentega yang mana krim diasingkan sehingga mentega disejat dan dibiarkan sedikit untuk memisahkan bahagian susu yang penuh air, dadih susu (whey) akan terhasil dalam penyejatan tersebut.

Haba api yang kecil memanaskan mentega tercair sehingga lapisan buih-buih putih timbul di permukaan; cecair mentega yang diperolehi akan ditapis atau dikaut supaya buih-buih putih tidak termasuk sekali. Mendakan yang tertinggal selalunya boleh digunakan begitu sahaja mahupun diperisakan dengan rempah ratus.

Kegunaan sunting

Pemakanan sunting

Orang Mesir menggunakan bahan ini sebagai ganti mentega untuk memasak.

Keagamaan sunting

Hindu sunting

Penggunaan minyak sapi digunakan sebagai minuman untuk tuhan dalam ritual Yajurveda, malah ada gita puja (hymn) untuk dinyanyikan untuk minyak sapi tersebut. Penggunaan minyak sapi ada digunakan dalam pemujaan Aarti. Ia biasa digunakan ketika perkahwinan dan pengebumian, dan juga untuk memandikan berhala ketika penyembahan. Minyak sapi yang digunakan untuk sembahyang Shiva pada Maha Shivaratri, diberi kepada tuhan bersama-sama gula, susu, tairu dan madu. Bahan ini turut dicatat dalam Mahabharata sebagai asas bahan korban oleh Bhishma.

Islam sunting

Dalam kesihatan pemakanan Islam, minyak sapi dikatakan mampu membantu kecerdasan dan kecerdikan otak.[6]

Perubatan Ayuverda sunting

Ayurveda menerangkan setiap fikiran dan badan berlainan kepentingan. Sebagai contoh:

  • Penyerapan: Minyak sapi merupakan bahagian yang perlu ada dalam pembuatan herba ayurveda. Hal ini kerana, minyak sapi boleh berpaut dengan khasiat bahan minyak cair dan herba untuk masuk ke dalam tubuh. Ia dipercayai dapat meningkatkan tenaga herba yang dibawa oleh komponen aktif ke bahagian dalam sel dan mengeluarkan kepentingan yang amat berguna.
  • Penghadaman: Dapat membantu asid gastrik, dan bantu mengekal dan memulihkan barisan mukus dalam perut.
  • Kesan terbakar ringan: Dapat mengelakkan gelombong di kulit
  • Minda: Dapat meningkatkan pembelajaran dari segi ingatan dan ingatan semula.
  • Seksual: Ia dipercayai meningkatkan kekuatan kelelakian dan seks.

Kontroversi sunting

Di Malaysia, pada 2010, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pernah menarik balik sijil halal bagi satu jenama minyak sapi kerana dipercayai mengandungi campuran unsur yang meragukan.[7] Ia kemudian kembali disahkan halal oleh JAKIM berikutan penyerahan Sijil Pengesahan Halal JAKIM selepas pemeriksaan semula.[8]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ 'minyak sapi'. Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dicapai pada 9 April 2020 – melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
  2. ^ a b "Arti kata 'minyak samin'". Kamus Besar Bahasa Indonesia Dalam Jaringan. Badan Pengembangan Bahasa dan Perbukuan Indonesia. Dicapai pada 9 April 2020.
  3. ^ 'sapi'. Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dicapai pada 9 April 2020 – melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
  4. ^ 'sapi' - Kamus Pelajar (ed. ke-2). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dicapai pada 9 April 2020 – melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
  5. ^ "Arti kata 'sapi'". Kamus Besar Bahasa Indonesia Dalam Jaringan. Badan Pengembangan Bahasa dan Perbukuan Indonesia. Dicapai pada 9 April 2020.
  6. ^ "Rahsia Permakanan Islam". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-19. Dicapai pada 2012-02-23.
  7. ^ "Minyak sapi jenama QBB Pure Ghee tidak halal, 2010/09/04". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-08-31. Dicapai pada 2011-05-29.
  8. ^ JAKIM: Minyak sapi QBB disahkan halal, tiada keraguan.[pautan mati kekal]

Pautan luar sunting