Lemak tepu ialah sejenis lemak di mana rantai asid lemaknya mempunyai ikatan tunggal secara banyak atau keseluruhannya. Lemak terdiri daripada dua jenis molekul yang lebih kecil iaitu gliserol dan lemak. Ia dihasilkan daripada rantai panjang atom karbon (C). Ada atom karbon dihubungkan dengan satu ikatan (-C-C-) dan ada atom yang dihubungkan dengan ikatan berganda (-C=C-)[1] yang boleh bertindak balas dengan hidrogen untuk membentuk ikatan tunggal. Lemak sebegini diadikan "tepu" kerana kedua ikatan kedua dipecahkan dan setiap setengah ikatan diikat (tepu) dengan atom hidrogen. Kebanyakan lemak haiwan bersifat tepu, namun tidak pula pada lemak tumbuhan dan lemak ikan. Lemak tepu cenderung memiliki takat lebur yang lebih tinggi berbanding lemak tak tepu. Hal ini membawa kepada tanggapan popular bahawa lemak tepu cenderung menjadi padat pada suhu bilik manakala lemak tak tepu cenderung cair pada suhu bilik dengan pelbagai tahap kelikatan berbeza (yakni, kedua-dua lemak jenis tepu dan tak tepu dijumpai dalam bentuk cecair pada suhu badan).

Pelbagai lemak mengandungi bahagian lemak tepu dan tak tepu yang berbeza. Contoh makanan yang mengandungi kadar lemak tepu tinggi termasuk produk lemak binatang seperti krim, keju, mentega, produk tenusu dan daging berlemak yang juga mengandungi kolesterol.[2] Terdapat produk sayuran tertentu yang mempunyai kandungan lemak tepu tinggi, seperti minyak kelapa dan minyak isirong sawit.[3] Banyak makanan yang disediakan mengandungi kandungan lemak tepu yang tinggi seperti pizapencuci mulut tenusu dan sosej.[2][4]

Kesan tepu lemak pada risiko penyakit adalah sangat dipertelingkahkan. Ada beberapa pakar yang mengesyorkan diet rendah lemak tepu di mana ia dikatakan akan mengurangkan risiko penyakit jantung, diabetes atau maut.[5][6] Walau bagaimanapun, terdapat ulasan lain yang telah menentang hujah sebegini atau mengalakkan agar kadar lemak tepu dan tak tepu diamati dalam pemakanan seharian.[7][8][9]

Contoh lemak tepu sunting

Antara contoh lemak tepu yang biasa didapati termasuk:

Rujukan sunting

  1. ^ Reece, Jane; Campbell, Neil (2002). Biology. San Francisco: Benjamin Cummings. m/s. 69–70. ISBN 0-8053-6624-5.
  2. ^ a b "Saturated fats". American Heart Association. 2014. Dicapai pada 1 March 2014.
  3. ^ "What are "oils"?". ChooseMyPlate.gov, US Department of Agriculture. 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-06-09. Dicapai pada 13 June 2015.
  4. ^ "Top food sources of saturated fat in the US". Harvard University School of Public Health. 2014. Dicapai pada 1 March 2014.
  5. ^ Sacks, Frank M.; Lichtenstein, Alice H.; Wu, Jason H.Y.; Appel, Lawrence J.; Creager, Mark A.; Kris-Etherton, Penny M.; Miller, Michael; Rimm, Eric B.; Rudel, Lawrence L.; Robinson, Jennifer G.; Stone, Neil J.; Van Horn, Linda V. (15 June 2017). "Dietary Fats and Cardiovascular Disease: A Presidential Advisory From the American Heart Association" (PDF). Circulation: CIR.0000000000000510. doi:10.1161/CIR.0000000000000510.
  6. ^ Hooper L, Martin N, Abdelhamid A, Davey Smith G (2015). "Reduction in saturated fat intake for cardiovascular disease". Cochrane Database Syst Rev. 6 (Jun 10): CD011737. doi:10.1002/14651858.CD011737. PMID 26068959.CS1 maint: uses authors parameter (link)CS1 maint: Uses authors parameter (link)
  7. ^ de Souza, Russell J; Mente, Andrew; Maroleanu, Adriana; Cozma, Adrian I; Ha, Vanessa; Kishibe, Teruko; Uleryk, Elizabeth; Budylowski, Patrick; Schünemann, Holger; Beyene, Joseph; Anand, Sonia S (2015). "Intake of saturated and trans unsaturated fatty acids and risk of all cause mortality, cardiovascular disease, and type 2 diabetes: systematic review and meta-analysis of observational studies". BMJ. 351 (Aug 11): h3978. doi:10.1136/bmj.h3978. PMC 4532752. PMID 26268692.
  8. ^ Ramsden, Christopher E; Zamora, Daisy; Leelarthaepin, Boonseng; Majchrzak-Hong, Sharon F; Faurot, Keturah R; Suchindran, Chirayath M; Ringel, Amit; Davis, John M; Hibbeln, Joseph R (2013). "Use of dietary linoleic acid for secondary prevention of coronary heart disease and death: evaluation of recovered data from the Sydney Diet Heart Study and updated meta-analysis". BMJ. 346: e8707. doi:10.1136/bmj.e8707. PMC 4688426. PMID 23386268.
  9. ^ Ramsden, Christopher E; Zamora, Daisy; Majchrzak-Hong, Sharon; Faurot, Keturah R; Broste, Steven K; Frantz, Robert P; Davis, John M; Ringel, Amit; Suchindran, Chirayath M; Hibbeln, Joseph R (2016). "Re-evaluation of the traditional diet-heart hypothesis: analysis of recovered data from Minnesota Coronary Experiment (1968-73)". BMJ. 353: i1246. doi:10.1136/bmj.i1246. PMC 4836695. PMID 27071971.