Sosej [so.séj - Mal., Sin.] atau sosis [so.sis - Ind.] ialah produk makanan yang disedia biasanya diperbuat daripada daging kisar, lemak haiwan, garam, dan rempah, dan adakalanya ramuan lain seperti herba, dan biasanya dibungkuskan dalam selongsong. Pembuatan sosej ialah sejenis teknik pengawetan makanan yang amat lama.

Wurst Jerman di atas pinggan
Biała, szynkowa, kiełbaska śląska, podhalańska (Poland)

Mula-mulanya selongsong ini diperbuat daripada usus haiwan, tetapi kini diperbuat daripada bahan sintetik. Sesetengah sosej dimasak ketika diproses, dan selongsong ini boleh ditanggalkan ketika ini. Sosej boleh dipelihara secara pengawetan, pengeringan dalam udara nyaman, atau salai. Rasa menonjol dalam sesetengah sosej adalah disebabkan penapaian oleh Lactobacillus ketika mengawet.

Selain dimakan sendirinya, sosej juga dijadikan bahan dalam makanan lain.

PeristilahanSunting

Kedua-dua perkataan "sosej" (pinjaman Bahasa Inggeris: sausage) dan "sosis" (pinjaman Bahasa Belanda: saucijs) datang daripada perkataan bahasa Perancis Lama saussiche[1] turunan bahasa Latin Pasar salsica, ia sendirinya terbitan perkataan salsicus yang bermaksud "diperisakan garam" (seasoned with salt)[1] - lalu ia sewarisan dengan perkataan "garam" sendiri (sal).

Gambaran umumSunting

KandunganSunting

Makanan ini terdiri daripada tiga bahagian utama:

  • Isi - sosej lazim diperbuat daripada daging bercampur bahan lain, antaranya kanji isian seperti serdak roti (resipi Barat) atau nasi (resipi Thai) serta rempah ratus yang bersesuaian.[2] Lemak juga ada terkandung dalamnya namun nisbah isinya bergantung kepada ramuan pengeluar.
  • Selongsong - penutup membalut isi mengelakkan sebarang pemburaian sambil mengekalkan bentuk semasa ia dimasak. Selongsong sosej secara tradisinya diperbuat daripada usus atau perut yang telah dicuci.[3] Selongsong moden berasaskan bahan alternatif seperti kolagen dan selulosa kini dipilih dalam pembuatan. Ada juga seberapa jenis sosej yang tidak memerlukan selongsong langsung dalam pembuatan.

JenisSunting

Sosej masakSunting

Sosej salaiSunting

Sosej darahSunting

Sosej ini digunakan dengan menggumpal darah haiwan yang terkumpul setelah disembelih sebelum ia dibalut. Antara contoh lazim yang ada se-Nusantara ialah saren yang didapati di Jawa berasaskan darah ayam dan too huet berasaskan darah babi didapati di Pulau Pinang.

  1. ^ a b "sausage – Origin and history of sausage by Online Etymology Dictionary". www.etymonline.com. Diarkib daripada yang asal pada 1 Januari 2017.
  2. ^ BBC: Pork sausage recipes Diarkibkan 26 Disember 2013 di Wayback Machine. "The meat may be mixed with breadcrumbs, cereals or other ingredients such as leek or apple."
  3. ^ Oster, Kenneth V. (2011). The Complete Guide to Preserving Meat, Fish, and Game: Step-by-step Instructions to Freezing, Canning, and Smoking (dalam bahasa Inggeris). Atlantic Publishing Company. ISBN 9781601383433. Diarkib daripada yang asal pada 19 November 2017.