Kuning (Jawi: كونيڠ) ialah warna cahaya yang merangsang kedua-dua warna merah dan hijau sel-sel kon retina, tetapi bukan sel-sel kon biru. Cahaya dengan jarak gelombang 565-590 nanometer adalah kuning, walaupun cahaya komposit berfrekuensi kedua-dua merah dan hijau, seperti mencampurkan jingga dengan cahaya hijau pucuk pisang, atau merah dengan cahaya hijau, juga menghasilkan cahaya kuning. Cahaya kuning merupakan salah satu daripada warna-warna subtraktif yang utama, dan warna pelengkapnya, sebagaimana yang ditakrif oleh sains, ialah warna biru. Bagaimanapun, disebabkan ciri-ciri pigmen cat, para pengecat serta pelukis, secara tradisi, menganggap warna pelengkapnya sebagai warna ungu.

Kuning
كونيڠHow to read this color infobox
Tentang koordinat ini     Koordinat warna
Hex triplet#FFFF00
sRGBB  (rgb)(255, 255, 0)
CMYKH   (c, m, y, k)(0, 0, 100, 0)
HSV       (h, s, v)(60°, 100%, 100%)
Sumber[Unsourced]en:Category:WikiProject Color articles needing infobox sources
B: Dinormalkan kepada [0–255] (bit)
H: Dinormalkan kepada [0–100] (ratus)

Sistem CMYK untuk pencetakan warna berdasarkan penggunaan empat dakwat, salah satu daripadanya ialah warna kuning. Warna kuning ini pada dirinya bukan warna piawai, walaupun julat dakwat-dakwat kuning yang digunakan adalah agak sempit.

Pelbagai warna kuning sunting

Perkaitan dan penyataan sunting

Warna kuning ialah warna yang terang dan riang yang sering dikaitkan dengan kebahagian dan keamanan. Kuning melambangkan kerabat diraja dalam banyak kebudayaan, termasuknya kebanyakan Asia Tenggara. Di negara China kuno, kuning merupakan salah satu daripada lima warna utama serta lambang untuk "Pusat" dan "Bumi". Maharaja legenda China yang pertama digelarkan "Maharaja Kuning" atau Huang Di (Tulisan Cina Tradisional: 黃帝, Tulisan Cina Ringkas: 黄帝). Oleh itu, kuning ialah lambang untuk Maharaja China. Orang biasa di China tidak dibenarkan menggunakan warna kuning sehingga zaman moden. Kini, warna kuning dikaitkan dengan kemakmuran di negara China.

Warna ini telah juga dipergunakan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dalam logonya untuk melambangkan "penawaraan perkhidmatan yang berkualiti (a golden service) kepada pelanggan". Begitu juga dengan Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) yang menggunakan warna kuning untuk melambangkan "kebesaran dan kekuasaan raja yang memerintah, serta menunjukkan Johor sebagai sebuah negeri yang berdaulat. [Warna ini] juga melambangkan semangat MPJBT yang sentiasa berkobar dalam menjalankan tugas ke arah mencapai matlamat MPJBT."

 
Si Budak Kuning (The Yellow Kid)
 
Logo "Parti Baru" (New Party) Taiwan.

Dalam bahasa Inggeris, warna kuning telah dikaitkan secara tradisi dengan demam kuning jaundis dan sifat penakut. Dalam slanga bahasa Amerika Syarikat, seorang penakut digelarkan "yellowbellied" (berperut kuning) atau "yellow" (kuning). Oleh sebab ia seakan-akan warna emas dan logam berharga seperti emas dan gangsa, kuning telah dikaitkan dengan duit syiling dan bulion dalam bahasa Inggeris. "Yellow Movie" (filem kuning) bermaksud filem lucah, sedangkan "Yellow journalism" (akhbar kuning) merupakan kewartawanan sensasi yang memutarbalikkan, membesar-besarkan, ataupun mengeksploitasikan berita untuk keuntungan. Istilah itu berasal daripada surat khabar "Dunia New York" ("New York World") oleh Joseph Pulitzer dan "Jurnal Amerika Syarikat New York" (New York Journal American) oleh William Randolph Hearst, yang melibatkan diri dalam pelaporan berita-berita sensasi pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20, khususnya semasa Perang Sepanyol-Amerika. Istilah itu berasal daripada Si Budak Kuning ("The Yellow Kid"), sebuah komik berwarna, yang ditonjolkan dalam kedua-dua surat khabar tersebut.

Kerajaan dan politik sunting

  • Gedung Kuning (Yellow Mansion) ialah Rumah Bendahara di Singapura yang dibina oleh Tengku Mahmud, salah seorang anak lelaki Sultan Ali pada separuh kedua abad ke-19. Namanya berasal daripada dinding-dindingnya yang dicat kuning terang untuk mengaitkan bangunan ini dengan istana Sultan Johor.
  • Ratu Kuning ialah Raja Perempuan Patani yang terakhir antara empat orang ratu berturut-turut pada Zaman Keemasan Patani. Ratu yang pertama ialah Ratu Hijau, diikuti oleh Ratu Biru, dan Ratu Ungu. Ratu Kuning ialah puteri kepada Ratu Ungu (tempoh pemerintahan: 1623-1635). Nama penuhnya H.H. Paduka Sri Raja Kuning binti al-Marhum al-Marhum Sultan 'Abdu'l Ghaffar Muhi ud-din Shah (nama Thailand: Phra Nang Chao Ying).
  • Di negara Filipina, warna kuning telah digunakan sebagai warna rasmi dengan penggunaan banyak konfeti kuning dalam perhimpunan-perhimpunan politik untuk menentangi kerajaan Ferdinand Marcos selepas pembunuhan Benigno Aquino di Lapangan Terbang Antarabangsa Manila. Pembunuhan itu telah disyaki oleh kebanyakan rakyat Filipina sebagai perbuatan kerajaan.
  • Kuning ialah warna untuk Parti Baru di Republik China (Taiwan) yang menyokong Penyatuan semula China. Semua pensel dicat dengan warna kuning untuk mengaitkan dengan negara China di mana grafit yang terbaik boleh didapati; sebelum itu, hanya pensel yang menggunakan grafit China dicat dengan warna kuning.
  • Di Amerika Syarikat, Demokrat Anjing Kuning merujuk kepada pengundi negeri-negeri Amerika Syarikat Selatan yang sentiasa mengundi calon-calon Demokrat pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Mereka berbuat demikian disebabkan rasa geram yang masih ada terhadap Parti Republikan yang bermula sejak Perang Saudara Amerika dan tempoh "Pembinaan Semula". Kini, istilah itu digunakan untuk penyokong tegar untuk "anjing kuning" ataupun calon Parti Demokrat.
  • Di Negara Brunei Darussalam, Kuning melambangkan warna diraja pada masa dahulu sehingga kini. Seperti warna kuning emas ia merupakan lambang kehormatan dan kedaulatan seseorang Raja. Jika ada berlangsungnya Adat-Istiadat Diraja, maka orang biasa atau rakyat jelata dilarang untuk memakai atau menggunakan warna kuning.

Keetnikan sunting

Penduduk-penduduk serta orang-orang yang berketurunan Asia kekadang dirujuk oleh orang Barat sebagai bangsa-bangsa berkulit kuning sebagai metafora warna ras. Pada abad ke-20 di Amerika Syarikat, pendatang-pendatang dari negara China dan Asia Timur dirujuk dengan penghinaan sebagai "bahaya kuning".

Pengangkutan sunting

Di sebilangan negara, teksi biasanya dicat dengan warna kuning. Amalan ini berasal dari Chicago, sewaktu usahawan teksi, John Hertz, mempergunakan warna kuning untuk teksi-teksinya selepas sebuah kajian Universiti Chicago menunjukkan bahawa kuning ialah warna yang paling nyata dari jauh.

Di Kanada dan Amerika Syarikat, hampir seluruh bas sekolah dicat dengan warna kuning (sering dirujuk sebagai warna "kuning bas sekolah") untuk tujuan keterlihatan dan keselamatan. Pengendali-pengendali bas, seperti FirstGroup, juga memperkenalkan konsep ini di United Kingdom. "Kuning Caterpillar" dan "kuning keterlihatan tinggi" dipergunakan untuk kelengkapan pembinaan lebuh raya.

Dalam peraturan-peraturan lebuh raya, kuning ialah warna lampu isyarat yang bermaksud "memperlahankan", "awas", atau "kurangkan kelajuan di hadapan". Warna ini ialah warna pertengahan antara warna hijau (jalan) dengan warnah merah (berhenti). Dalam isyarat kereta api, kuning sering digunakan untuk isyarat dari jauh sebagai amaran atau mengurangkan laju. Banyak landasan transit aliran ringan dan alihan laju untuk pengangkutan awam mempunyai garis kuning.

Sukan sunting

  • Dalam bola sepak, pengadil menggunakan kad kuning untuk menunjukkan bahawa seorang pemain telah diberikan amaran yang rasmi.
  • Dalam permainan ragbi, seorang pengadil akan menunjukkan kad kuning untuk menunjukkan bahawa seorang pemain telah digantung daripada permainan buat sepuluh minit sebagai penalti.
  • Dalam perlumbaan kereta, bendera kuning menunjukkan "Awas!" Kereta-kereta tidak boleh memotong di bawah bendera kuning.
  • Dalam perlumbaan basikal, jersi kuning (bahasa Perancis: maillot jaune) dianugerahkan kepada pemenang perlumbaan. Tradisi itu berasal daripada pertandingan Tour de France yang ditajai oleh surat khabar sukan, L'Auto (kemudian ditukarkan nama menjadi L'Équipe), yang menggunakan kertas akhbar kuning tersendiri untuk terbitan-terbitannya.
  • Kuning ialah warna untuk bola snuker yang mempunyai nilai dua mata.

Lain-lain sunting

  • Halaman kuning ialah bahagian buku panduan telefon atau direktori telefon dalam talian yang menyenaraikan nombor-nombor telefon syarikat perniagaan mengikut kategori. Halaman kuning dinamai berdasarkan kertas warna yang dicetakkan dalam buku panduan telefon untuk membezakan halaman-halaman itu daripada senarai-senarai yang biasa.
  • "Buku Kuning" ialah direktori khusus yang diterbitkan oleh Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Johor untuk usahawan-usahawan bumiputera negeri Johor. Tujuan buku itu adalah "untuk mengadakan direktori disamping mempromosikan usahawan bumiputera dalam semua sektor Perdagangan".
  • Dalam budaya Arab, terdapatnya frasa "senyuman kuning" yang bermaksud "senyuman dibuat-buat". Senyuman kuning digunakan sewaktu seseorang hendak menyembunyikan minat yang kurang, ketakutan, atau sebarang emosi yang hendak disembunyikan. Senyuman ini kekadang juga dipergunakan sebagai jenaka, melalui senjaga membuat "senyuman dibuat-buat" sewaktu seseorang menceritakan jenaka yang tak lucu, atau sewaktu mencuba membuat orang lain ketawa terhadap sesuatu yang mereka tidak berasa lucu.
  • Terdapatnya frasa bahasa Perancis, "rire jaune" ("ketawa kuning") yang dapat diterjemahkan sebagai "ketawa kosong", iaitu ketawa sewaktu anda tidak berasa sesuatu jenaka yang diceritakan adalah lucu, atau sewaktu jenaka itu ditujui terhadap anda.
  • Dalam bahasa Itali, "kuning" ataupun "giallo", merujuk kepada buku misteri, filem misteri, atau pertunjukan misteri dalam televisyen. Perkaitan dengan warna kuning disebabkan tulang belakang buku-buku untuk novel misteri berwarna kuning.
  • Peribahasa Melayu:
    • "Kuning oleh kunyit, hitam oleh arang" bermakna mudah terpengaruh oleh hasutan atau puji-pujian.
    • "Harapkan kuning kuah kambeh, cangkuk terubuk ditinggalkan" bermakna mengharapkan keuntungan besar yang belum tentu lagi, keuntungan kecil yang telah pasti dilepaskan.
  • Ayat "Padinya sedang kuning menantikan masa untuk dituai" bermakna padi itu mulai masak.
  • Pada pertengahan abad ke-20, "kuning" ialah slanga drug Amerika Syarikat untuk Nembutal, sejenis pil barbiturat yang berwarna kuning.
  • Warna kuning dipergunakan untuk jalur pergelangan tangan Livestrong yang dicipta oleh oleh Lance Armstrong, seorang pelumba basikal dan penakat penyakit barah, untuk membantu mangsa-mangsa dan penakat-penakat barah.
  • Skuadron Kuning untuk Ace Combat 4 ialah sepasukan skuadron juruterbang kapal terbang pejuang elit.
  • Dalam Angkatan Tentera Darat Amerika Syarikat, kuning dipergunakan sebagai warna untuk pasukan askar berkuda.
  • Kuning ialah nama untuk sistem kabel telekomunikasi kapal selam yang juga digelarkan AC-2.
  • "Kuningan" bermaksud tembaga kuning.

Nama-nama yang menggunakan perkataan "kuning" sunting

Geografi sunting

Beberapa nama tempat merujuk kepada warna kuning:

Malaysia sunting
Negara-negara lain sunting

Biologi sunting

Tumbuhan sunting
 
Bunga matahari di Fargo, Dakota Utara.
 
Burung Yellow-breasted Chat (terjemahan harfiah: Burung Sembang Berdada Kuning
 
Burung Yellowhammer (terjemahan harfiah: Burung Tukul Kuning)
 
Burung Yellowthroat (terjemahan harfiah: Burung Kerongkong Kuning)
Haiwan sunting

Makanan sunting

Pigmen-pigmen kuning sunting

Lihat juga sunting



  hitam perak kelabu putih merah merah manggis ungu fuksia hijau hijau pucuk pisang hijau buah zaitun kuning jingga biru biru kelasi biru belibis akua-marin
Warna Web