Buka menu utama

Warna Jingga atau juga Kuning bata, merupakan cahaya antara merah dan kuning dalam spektrum nampak. Panjang gelombangnya disekitar 585–620 nanometer. Warna jingga ialah warna bernama yang tunggal dalam CSS yang tidak ditakrif oleh HTML 4.01.

JinggaHow to read this color infobox
Tentang koordinat ini     Koordinat warna
Hex triplet#FFA000
sRGBB  (rgb)(255, 160, 0)
CMYKH   (c, m, y, k)(0, 35, 100, 0)
HSV       (h, s, v)(38°, 100%, 100%)
Sumber[Unsourced]en:Category:WikiProject Color articles needing infobox sources
B: Dinormalkan kepada [0–255] (bit)
H: Dinormalkan kepada [0–100] (ratus)

Warna jingga ialah warna yang sama dengan warna buah oren, dan dinamakan sempena buah ini. Berbeza dengan warna biru atau merah, warna ini dapat dipastikan dengan lebih tepat, kerana kita dapat tengok buah-buah oren. Sebelum buah oren diperkenalkan kepada dunia penutur bahasa Inggeris, warna ini digelarkan dalam bahasa Inggeris lama sebagai geoluhread, yang boleh ditransliterasikan sebagai "kuning-merah" dalam bahasa Inggeris moden.

Dengan bahan-bahan pewarna yang semula jadi, seperti cat atau krayon, warna jingga ialah warna sekunder yang boleh dihasilkan daripada warna-warna dasar melalui pencampuran warna merah (lebih tepat, warna magenta) dengan warna kuning.


Penggunaan dan perlambanganSunting

Warna parti politikSunting

Warna jingga telah dipergunakan sebagai warna politik oleh parti-parti politik yang berikut:

Warna korporatSunting

Warna jingga ialah warna korporat untuk:

Warna sukanSunting

Warna jingga ialah warna pilihan untuk banyak pasukan sukan negara dan penyokong-penyokongnya.

Kelainan warna jinggaSunting

Warna jingga sering digunakan untuk meneguhkan ketampakan. Sebahagian besar daripada pigmen-pigmen jingga tergolong dalam keluarga hartal, atau kadmium. Sebenarnya, warna coklat merupakan sebahagian warna jingga, iaitu campuran jingga dengan kelabu, dalam spektrum warna.

Jingga bakarSunting

Jingga bakar 
      Koordinat warna
Hex triplet#CC5500
sRGBB  (rgb)(204, 85, 0)
CMYKH   (c, m, y, k)(0, 58, 100, 20)
HSV       (h, s, v)(25°, 100%, 80%)
Sumber[Unsourced]en:Category:WikiProject Color articles needing infobox sources
B: Dinormalkan kepada [0–255] (bit)
H: Dinormalkan kepada [0–100] (ratus)

Jingga bakar ialah satu kelainan yang telah dipergunakan oleh Olahraga Longhorn, Universiti Texas di Austin sebagai warna sekolah. Sampel untuk warna jingga bakar yang dipergunakan boleh didapati daripada laman web universiti itu. Jingga bakar boleh dihasilkan dengan penggunaan kod perenambelasan #CC5500.

Kelainan-kelainan jingga bakar juga digunakan sebagai warna sekolah oleh Universiti Auburn, Universiti Clemson, Virginia Tech, antara lain.

Lihat jugaSunting

Pautan luarSunting