Kuartet Piano (Beethoven)

Kuartet Piano, WoO 36, oleh Ludwig van Beethoven merupakan set tiga kuartet piano, disiap pada tahun 1785 apabila penggubah itu berusia 15 tahun. Kuartet-kuartet ini diberikan skor muzik untuk piano, biola, viola dan selo. Beliau menggubah sebuah kuartet dalam C major, yang lain dalam E-flet major, dan ketiga dalam D major. Kuartet-kuartet pertama kali diterbit pada tahun 1828 selepas Beethoven meninggal dunia, however numbered in a different order: Kuartet Piano No. 1 dalam E-flet major, Kuartet Piano No. 2 dalam D major, dan Kuartet Piano No. 3 dalam C major.

Kuartet Piano
Muzik kamar oleh Ludwig van Beethoven
Beethoven pada usia 13 tahun
KatalogWoO 36
Digubah1785 (1785), Bonn
Diterbit1828 (1828), Vienna
PenerbitArtaria
GerakanSetiap kuartet ada 3 gerakan
Penskoran
  • piano
  • violin
  • viola
  • cello

Sejarah sunting

Apabila Beethoven menggubah tiga kuartet piano ini pada usia 15 tahaun, genre ini jarang.[1] Dua karya oleh Mozart, Kuartet Piano No. 1 dalam G minor (1785) dan Kuartet Piano No. 2 dalam E-flet minor (1786), merupakan satu-satunya penyumbang kontemporari penting yang setanding.[2] Beethoven membentuk kuartet-kuartet piano beliau selepas set violin sonata Mozart diterbitkan pada tahun 1781, dengan karya C major Beethoven ditulis dalam nada sama dan meminjam beberapa bahan tema daripada Sonata Biola No. 17, K. 296 Mozart.[3]

Beethoven kemudian menggunakan semula bahan daripada kuartet C major quartet untuk dua Sonata Piano terawal beliau: No. 1 dan No. 3.[1] Dalam manuskrip asal Beethoven, karya dalam C major datang dahulu, diikuti E-flet major dan D major. Apabila kuartet-kuartet ini diterbitkan oleh Artaria di Vienna selepas kematian Beethoven, kuartet ini berada dalam susunan yang berbeza: E-flet major, D major dan C major.[2]

Struktur dan muzik sunting

Setiap kuartet berada dalam tiga gerakan. Kuartet-kuartet ini disenaraikan mengikut susunan asal manuskrip:

Kuartet Piano dalam C major, No. 3 sunting

  1. Allegro vivace
  2. Adagio con espressione
  3. Rondo: Allegro

Dalam eksposisi gerakan pertama, Beethoven tulis sonata piano dengan iringan tali, tetapi dalam perkembangan dan rekapitulasi, they play a more individual role. Gerakan ketiga dalam bentuk Rondo-sonata. Tema diperkenalkan oleh piano dan kemudian diambil oleh biola. Episod pertama disertakan tali dipetik. Episod kedua dalam A minor.[2]

Beethoven menggunakan semula tema gerakan kedua untuk Adagio Sonata Piano dalam F minor beliau, Op. 2/1. Beliau juga menggunakan semula bahan daripada gerakan pertama Sonata Piano dalam C major beliau, Op. 2/3, ditujukan khas kepada Joseph Haydn pada tahun 1796.[2]

Kuartet Piano dalam E-flet major, No. 1 sunting

  1. Adagio assai
  2. Allegro con spirito,
  3. Tema dan variasi: Cantabile

Dalam kuartet kedua, piano dan tali ialah pasangan sebanding.[2] Kuartet ini buka luar biasa dengan gerakan Adagio assai. Gerakan kedua dalam bentuk sonata, dalam E-flet minor. Beberapa unsur kelihatan menjangka gerakan terakhir Sonata Piano No. 8, Pathétique. Gerakan finale dalam tujuh variasi pada satu tema.[2]

Kuartet Piano dalam D major, No. 2 sunting

  1. Allegro moderato
  2. Andante con moto
  3. Rondo: Allegro

Kuartet dalam D major bermula, lebih biasa daripada yang lain, dengan gerakan dalam bentuk sonata, dengan bahagian perkembangan yang agak pendek. Gerakan kedua, ditandai Andante con moto, dalam F-syap minor, tetapi bahagian tengah dalam A major. Gerakan terakhir ialah rondo, dengan tema diperkenalkan oleh piano dan diulangi oleh biola. Episod-episod ini berkontras dan mengenangkan gerakan serupa oleh Mozart.[2]

Rakaman sunting

Kuartet piano ini telah dirakam oleh Kuartet Piano New Zealand pada tahun 2005.[4]

Rujukan sunting

  1. ^ a b Palmer, John. "Ludwig van Beethoven / Piano Quartets (3), WoO 36". AllMusic. Dicapai pada 9 April 2018.
  2. ^ a b c d e f g Anderson, Keith. "Ludwig van Beethoven (1770–1827) / Piano Quartets, WoO 36". Naxos. Dicapai pada 9 April 2018.
  3. ^ Block, Geoffrey (2017). Experiencing Beethoven : a listener's companion. Lanham: Rowman & Littlefield. m/s. 6–7. ISBN 978-1-4422-4546-4. OCLC 948669755.
  4. ^ Clarke, Colin. "Ludwig van Beethoven (1770–1827) / Piano Quartets, WoO 36". musicweb-international.com. Dicapai pada 16 April 2018.

Pautan luar sunting