Kamikrazie

(Dilencongkan dari Kumpulan Kamikrazie)

Kamikrazie merupakan sebuah kumpulan hip hop Malaysia.

Kamikrazie
Berasal dariMalaysia Malaysia
GenreHip hop, rap
Tahun aktif1999-2002
Syarikat rakaman
Ponycanyon
The Combination Production
Bekas ahliAndrea Melissa Ambrose
Datu Anwar Datu Amirkahar

Kumpulan yang berasal dari Sabah ini dianggotai oleh pasangan sepupu iaitu Anwar dan Melissa. Sebelum ini, mereka dikenali sebagai Combination dan merupakan antara kumpulan popular di Sabah, sebelum berhijrah ke ibu kota untuk mencuba nasib di dalam bidang muzik.

Kumpulan Kamikrazie bernaung di bawah syarikat rakaman Ponycanyon ini turut menubuhkan syarikat sendiri iaitu The Combination Production bagi menguruskan perjalanan aktiviti seni mereka. Kamikrazie juga terpilih sebagai model terbaru barangan Panasonic.[1]

Album mini kumpulan ini yang mengandungi empat lagu Inggeris dilancarkan pada Ogos 1999. Album ini sebagai percubaan untuk menguji cita rasa peminat terhadap lagu-lagu rap yang dikatakan semakin kurang diminati kebelakangan ini.

Ahli-ahli sunting

Kumpulan Kamikrazie mempunyai 2 orang anggota. Senarai anggotanya adalah :-

  1. Andrea Melissa Ambrose
  2. Datu Anwar Datu Amirkahar


Diskografi sunting

Album sunting

  • The Return
  • Kontroversi

Lagu-lagu sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting